Semalam, Gegar Vaganza Musim ke-lapan telah pun memulakan minggu pertamanya menyaksikan 13 bintang yang ditunggu-tunggu ramai.
Kalau korang tengok persembahan malam tadi, mesti korang tahu yang penyanyi dan juga cef selebriti Dato’ Fazley Yaakob telah mendapat markah terendah dari para juri serta dikritik warganet gara-gara suaranya yang didengar sumbang.
“Sebak teringat anak-anak”
https://www.instagram.com/p/CWilQshvdWK/
Melalui ciapan balas di Twitter, Fazley telah berjanji akan buat dengan lebih baik pada minggu hadapan dan turut memberitahu yang dia sebak ketika menyanyi kerana teringatkan anak-anaknya. Nervous lagi kan?
Will do better next week. Sedikit sebak tadi sebenarnya. Sebab teringat anak2″
Bukan sahaja Fazley, bintang Gegar Vaganza 8, Adibah Noor yang mendapat tempat kedua semalam turut membuat ciapan di Twitter meminta maaf kerana gementar ketika membuat persembahan sehingga mengganggu pernafasannya.
Dear fans,
I was ok before my turn, sekali sampai atas tu nervous tahap gaban. ?
Lama dah tak rasa perasaan tu.
So ia telah mengacau pernafasan dan penyampaian saya.
So sorry ?I will try to do better next week.
Thank you for your love and kindness.
❤❤❤
— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) November 21, 2021
Memang fahamlah baru minggu pertama, dah lama tak buat persembahan mestilah nervous kan? Takpe kita tunggulah next week tengok macam mana okay?
Baca: “Sambung masak jelah datuk” – GV8: Fazley Yaakob Dikritik Sumbang, Netizen Lebih Suka Dia Jadi Chef