in

“Drama Bollywood 3 in 1” – Tiada Isu Nusyuz, Nynaa Haryzal Kembali Taat Kepada Suami

Collagefeat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pergolakan rumah tangga antara pelakon baru Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas telah pun menemui jalan penyelesaian.

Sebentar tadi, Nynaa dan Fahmi telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan yang sama bagi menghadiri sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan oleh suaminya pada 12 November lalu.


Memetik laporan dari mStar, peguam mewakili Fami, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata hubungan pasangan ini berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz.

670Cb086 B073 4331 8Aeb Efd9609Fcdab

Hari ini di hadapan hakim Muhammad Yusof Sulaiman, kita berjaya merekodkan penyelesaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak.

Antara terma-termanya akan diberitahu melalui sidang media akan datang dan salah satunya adalah kedua-dua pihak bersetuju untuk berbaik semula.

Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyuz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama.”

“Drama Bollywood 3 in 1”

Fahmi 750X375 1

Bercakap dengan media selepas sebutan kes, Fahmi mengatakan yang dia dan Nynaa akan menjelaskan apa yang berlaku secara terperinci dalam satu sidang media tak lama lagi.

Kami akan jelaskan segalanya tentang situasi kami, kalau kamu minat drama Bollywood, ini adalah drama Bollywood 3 in 1.

Dekat sidang media nanti anda boleh tanya semua soalan yang ingin diajukan sebab mahkamah dah bagi perintah, kertas kerja akan siap petang ini atau esok.”

Sebelum ini, konflik antara Nynaa dan Fahmi tercetus apabila lelaki ini membuat dakwaan bahawa isterinya telah dilarikan oleh keluarga mentuanya ketika menjalankan penggambaran pada 3 November lalu.

Kemudian, pada 11 November, Fahmi membuat tuntutan nusyuz meminta agar Nynaa kembali taat kepadanya selepas dua minggu menghilangkan diri.

Manakala Nynaa pula telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru meminta agar suaminya melepaskan dirinya secara baik.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.

 

Baca: Dakwa Keluarga Mertua Culik Isteri, Suami Fail Tuntutan Minta Nyna Harizal Kembali Taat Dalam Masa 7 Hari

Screenshot 2021 12 01 At 12.59.32 Pm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.