Pada 6 Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah membuat satu pengumuman yang menggemparkan umat Islam di seluruh dunia. Beliau dengan bangganya telah mengiktiraf Baitulmaqdis yang pernah menjadi kiblat pertama orang Islam sebagai ibu negara Israel.
Seperti yang telah semua jangkakan, pengisytiharan Trump disambut dengan pelbagai kecaman dan kritikan hebat oleh negara serantau termasuklah Malaysia.
Susulan itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) difahamkan akan sentiasa bersiap siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan serta payung negara bagi menyumbang peranan yang sewajarnya seperti misi-misi yang sebelum ini dalam isu Baitulmaqdis, lapor Sinar Harian.
Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, akan terus kami junjung.”
— Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Namun, berita ini sudah pastinya tidak disambut baik oleh Israel dan sekutunya. Daripada perkongsian Facebook portal berita Jews News, mereka telah memuat naik berita dengan kapsyen seakan-akan mempersenda kehebatan angkatan tentera negara kita. Eh boleh pulak macam tu!
Hahahaha. Kami boleh musnahkan Malaysia dalam masa satu saat!”
Wuish takburnya!
Seperti siap siaganya ATM untuk menggempur di medan perang, begitu jugalah keyboard warrior dari Malaysia yang telah melakukan serangan komen di dalam page tersebut sehingga penuh dengan kata-kata kesat, hinaan dan lawak yang buat netizen lain tak kering gusi membacanya. Haa jangan main-main dengan keyboard warrior Malaysia!
Meskipun masih terdapat beberapa komen yang memperkecilkan kekuatan dan kredibiliti ATM, ia telah mendapat balasan cerdik daripada netizen yang dengan mudah menangkis kutukan tersebut.
Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen meminta segelintir pengguna media sosial untuk berhati-hati dalam percakapan kerana bimbang ia akan membahayakan tentera kita yang sedang bertugas di perbatasan.
Keep it up ATM dalam berjuang menegakkan keadilan. Bagi netizen di Malaysia pula, eloklah komen yang baik-baik aje ye. Takyahlah sebut nama Diva AA, Sajat semua tu… macam tak ada kena mengena pulak.
Baca: “Petanda besar akhir zaman..” – Trump Iktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Kota Israel