in

“Don’t hate yourself” – Wanita Sedih Pernah Kena ‘Body Shaming’, Beri Nasihat Untuk Wanita ‘Plus Size’

Body 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu body shaming bukanlah perkara yang baru. Tanpa disedari, mangsa yang diperli kerana berbadan besar akan mengalami rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri.

Perkara yang sama terjadi kepada seorang pengguna TikTok, Ezzal yang berkongsi kisahnya pernah kena body shaming.


Pada ketika itu, Ezzal sedang live di TikTok dan ada penonton yang bertanya kepadanya bagaimana untuk mengatasi masalah body shaming dan rasa insecure dengan diri sendiri.

@ezzalyana_

Being plussize is not awesome but to body shaming people is totally not okay. Snippet from my live session haritu, i tak boleh kawal rasa sebak bila ramai sgt yg tanya about how to overcome body shaming and insecurities diorg. I got your back babe. Chin up! Ignore what people say about us. Show then we can glow too, most importantly, LOVE YOURSELF FIRST, thats how u will glow brightly 🫶🏻💌

♬ son original – kenji_lrk

Pernah kena body shaming & rasa insecure

Sewaktu Ezzal mahu menjawab pertanyaan penonton, dia gagal menahan sebak kerana pernah diperli berbadan besar sejak kecil lagi. Dia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk mengembalikan semangat dan keyakinan dirinya.

Korang takde dekat tempat orang plus size, kena shaming dengan orang ramai. Dia akan membuatkan korang ingat sampai bila-bila.

Tambah Ezzal, dia pernah diejek sewaktu berada dalam majlis. Mungkin bagi mereka ejekan itu hanyalah gurauan tetapi ia telah mengguris hati orang lain.

Walaupun orang komen cantik ke, I susah nak percaya. Rasa tak biasa dengan compliment. Dah biasa dengan negative thought orang. Rasa macam pujian tu perli.

Mengingat semula dirinya yang dulu, Ezzal mengakui pernah berfikiran negatif terhadap diri sendiri, rasa dirinya tidak diterima orang lain dan takut apabila berada di tempat awam.

Artikel berkaitan: “Saya struggle mental dan fizikal!” – [VIDEO] Shila Amzah Dah ‘Muak’ Dengan Komen ‘Body Shaming’

Artikel berkaitan: “Tak ada etika eh” – Wanita Sound DJ Radio Didakwa Suka Body Shaming & Lakukan Gangguan Seksual

Jangan body shaming diri sendiri

Walau bagaimanapun, Ezzal sempat memberi nasihat kepada orang yang berbadan besar supaya sayang diri sendiri terlebih dahulu.

Orang body shaming  kita takpe, jangan kita body shaming diri kita sendiri… Self love tu penting.. Bila kita mula self love, baru kita nampak nilai diri kita.

Semua orang dalam dunia ni dilahrikan cantik, even you rasa diri you tak meet the beauty standard.. No.. you akan meet the beauty standard dekat tempat you juga.

Ezzal dilihat gagal menahan sebak apabila membaca beberapa komen oleh penonton live yang turut meluahkan rasa sedih kerana menjadi mangsa body shaming. Di akhir video, dia berasa gembira kerana telah memberi semangat kepada penonton dalam live tersebut.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen menceritakan diri mereka pernah kena body shaming.

Body 1

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.