in

“Doktor kata kalau lewat…” – Hanis Zalikha Kongsi Pengalaman Perit Bapanya Hampir Koma

hanis 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam usahawan dan selebriti terkenal, Hanis Zalikha berkongsi di Instagram pengalaman perit apabila bapanya hampir koma disebabkan pendarahan di bahagian otak.

Pada mulanya, bapa Hanis tidak dapat menggerakkan kaki kanan dengan baik selepas sebulan terjatuh. Yang peliknya, kaki kanan yang terjejas sedangkan sewaktu bapanya jatuh, dahi di bahagian kirinya yang terhentak.


hanis 14

Menyedari sesuatu yang tidak kena, Hanis bertanya tentang trip bapanya ke Aceh baru-baru ini, namun bapanya tidak dapat menjawab dengan baik.

“Bila Daddy pergi Aceh?”. Ya Allah this very man, is my dad, someone who was very sharp and opinionated, tiba-tiba sangat blur dan slow, jawab sepatah-sepatah.

Disebabkan itu, dia menghabiskan masa seharian untuk menguruskan bapanya. Bapa Hanis telah diperiksa oleh dua orang doktor pakar dan pakar bedah saraf sebelum dia diminta untuk admit di hospital kerana perlu pembedahan segera pada esok hari.

Artikel berkaitan: “Aku tegur anak pun macam singa” – [Video] Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak, Sangat Lemah Lembut

Artikel berkaitan: “Terharu tengok reaction” – [VIDEO] Netizen Puji Anak Hanis Zalikha, Excited Dapat Duit Raya RM1

Apa yang membuatkan Hanis terkejut dan risau, bapanya memaklumkan kepada keluarga bahawa dia memandu kereta sendiri untuk datang ke hospital.

He told the family “Daddy tadi drive sendiri datang sini”. My heart sank, I was frantic with worry.. takutnya lagi lambat ni lagi banyak memori dia hilang.

Setelah pembedahan otak berjalan dengan lancar, doktor memberitahu kesan jika lambat untuk datang check up, kemungkinan besar bapanya akan kehilangan upaya bercakap, bernafas dan seterusnya koma.

Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma, sebab otak dah compressed terlalu banyak darah.

Hanis berkongsi pengalaman perit ini agar tidak bertangguh-tangguh jika sudah dapat instinct sesuatu yang tidak kena lebih-lebih lagi ia melibatkan bahagian kepala.

Sejurus dari terjatuh, bila check X-Ray dan CT scan it will tell you nothing, semua clear saja, but 2-3weeks later could turn into your biggest nightmare when the blood has flooded a big part of your brain.

Perkongsian Hanis Zalikha di Instagram ini telah mendapat pelbagai rekasi netizen.

hanis 1

hanis 2

Kita doakan moga ayah Hanis cepat sembuh ye!

Sumber: Instagram

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.