in

Doktor Beri Amaran, Kes Kanak-kanak Masuk Ke Hospital Kerana COVID 19 Meningkat 160%

collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Khamis lalu, Malaysia telah mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi setakat ini sebanyak 27,831 kes.

Bagaimanapun, pada sidang media semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberitahu bahawa kerajaan kini akan berhenti keluarkan kes harian Covid-19 secara berasingan setiap hari bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap kes yang melonjak naik.


Selain itu, Khairy turut memberitahu tentang peningkatan kes kemasukan kanak-kanak ke hospital akibat Covid-19.

Menurut seorang pakar kanak-kanak Dr Khairul Hafidz, kes kemasukan kanak-kanak ke hospital telah meningkat sebanyak 160%.

Melalui Twitter, Khairul turut kongsikan statistik kemasukan kanak-kanak ke hospital yang dapat dilihat meningkat secara mendadak dalam masa seminggu serta mengakui bahawa peningkatan ini amat membimbangkan.

Selain itu, CDC turut mengeluarkan dokumen menunjukkan peningkatan kes kemasukan ke hospital bagi kanak-kanak yang positif Covid-19 akibat Omicron berbanding Delta. Dapat dilihat, terdapat kenaikan kes 4x ganda berbanding sebelum ini.

“Discharge sorang admit 3 orang”

Beberapa netizen serta petugas barisan hadapan turut mengesahkan perkara ini dengan menceritakan sendiri apa yang mereka lihat secara langsung sekarang ini.

Screenshot 2022 02 18 at 11.08.34 AM down

Alahai, risau betul dengan anak-anak yang pergi sekolah ni especially. Apa-apa pun, pastikan anak korang sentiasa dilindungi ok?

 

Baca: Doktor Kongsikan 5 Tips Elak Tangan Sakit Lepas Cucuk Vaksin

Screenshot 2022 02 18 at 11.19.58 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.