Dah tentunya ramai orang yang rindu nak balik kampung, lebih-lebih lagi raya dah pun semakin hampir dan tahun lepas kita tak dapat nak beraya bersama keluarga di kampung ekoran Covid-19.
Semalam, ketika bercakap dalam program Ruang Bicara bersama Bernama TV, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri meminta agar rakyat berdoa yang kita dibenarkan untuk balik beraya di kampung tahun ini, lapor MalaysiaKini.
Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini.”
Katanya, sekiranya trend penurunan kes harian Covid-19 berterusan, kemungkinan untuk merentas negeri akan diberikan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.
“Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung.”
Macam yang korang tahu, Aidilfitri tahun ni dijangka akan disambut pada 13 Mei dan Ismail Sabri mengatakan keputusan untuk merentas negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini, bila dibenarkan kes kluster balik kampung meningkat.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata mulai malam ini tiada lagi sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan mulai esok manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.