Masih ingat kisah gadis cashier yang tular tempoh hari, gara-gara amukan ablasanya dirakam seorang pelanggan wanita di sebuah kedai serbaneka?
Setelah bermacam jenis tuduhan dan kecaman dilemparkan terhadapnya, gadis ini tampil untuk buka mulut menjelaskan cerita sebenar.
Dalam satu perkongsian yang dibuat menerusi laman Twitternya, @fhsbrn meminta maaf atas tingkah laku kasarnya ketika itu sebagai pembuka bicara.
Katanya sewaktu kejadian, dia sedang melayan pelanggan yang beratur seperti kebiasaan di kaunternya.
Siapa tak marah bila orang lain tiba-tiba tinggi suara kat kita kan? Ditambah pulak bila dimaki dengan perkataan tidak elok, dan siap nak merakam pulak tu — darah ni suuup!! laju je menyirap naik ke kepala!
Dan nak dijadikan cerita lagi, pelanggan yang tergamak merakam kejadian itu dikatakan telah memutar belit cerita sebenar — dan ia hanya memburukkan lagi keadaan.
Jadi, itulah kisah sebenar yang berlaku sehingga mengundang kepada amukan gadis cashier ni rupanya. Yelah, kalau takda angin takkan pokok boleh bergoyang kan?
Dan kes ni pun difahamkan, telah diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak dan diharapkan agar orang ramai tidak lagi cuba menuang minyak ke atas api.
Apa pun, kalau kita hidup saling bertolak ansur dan hormat menghormati tentu perkara macam ni takkan berlaku kan?