Hangat diperkatakan kini mengenai inai hasil keluaran pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa yang katanya mempunyai warna yang berlainan daripada inai kebiasaan dan juga ada banyak ‘pantang-larang’ jika ingin menggunakan.
Walau bagaimanapun yang terbaru, ada netizen mendakwa inai milik Neelofa tidak mesra solat dan tidak halal. Alamak ye ke ni?
https://www.instagram.com/p/CfpvFMJPxCV/
“Kami gunakan bahan-bahan semulajadi”
Menjawab kepada dakwaan tersebut, Neelofa berkata, isu halal adalah perkara paling utama yang dititikberatkannya malah dia menegaskan bahawa produknya tidak menggunakan pewarna makanan.
“Dosa sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi nak tanggung dosa berjuta orang di luar sana.
“Ramai yang nak saya jelaskan isu berkaitan tidak sah solat. Semasa proses persampelan, perkara pertama saya pentingkan ialah tiada pewarna makanan. Ramai jenama lain yang perli kami guna pewarna makanan.
“Ini bukan seperti inai lain telah ditambah pewarna makanan. Kami tidak letak pewarna makanan langsung, saya sangat anti perkara tersebut. Kami gunakan bahan-bahan semulajadi,” katanya di IG story.
“Ramai keliru kata kena kikis kuku untuk solat… ”
Menurutnya juga, isu ini menimbulkan kekeliruan apabila ada netizen yang mengatakan mereka perlu kikis kuku yang dipakaikan inai terlebih dahulu jika ingin menunaikan solat.
Ramai dah keliru kata kena kikis kuku untuk solat. Kalau korang dah kikis beberapa kali dan nampak habuk kuku dan warnanya tu maknanya ia sudah meresap ke dalam.
“Kami dah buat ujian molekul yang menunjukkan ia telap atau serap air. Saya pun buat benda ini sangat berhati-hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan,” katanya lagi.
Pun begitu, pihak Innai Nunha hari ini telah menerima satu berita baik bahawa produk mereka telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
https://www.instagram.com/p/Cf-lTDPPVED/
Neelofa walau bagaimanapun berkata dia akan mengadakan majlis khas bagi menjelaskan isu ini bersama pihak yang layak bercakap mengenai isu inai halal.
Tudia dah jelas apa yang diperkatakan Neelofa. Bagi mereka yang meragui, admin nasihatkan korang tunggu je penjelasan rasmi yang dia akan buat tak lama lagi.
Baca: “Tunggu bagi dia besar sikit” – Neelofa Minta Sedikit Masa Sebelum Kongsi Wajah Anak