Penyanyi terkenal tempatan Muhammad Khairul Baharuddin atau lebih dikenali dengan nama Khai Bahar mengeluarkan kenyataan dia tidak akan mengenakan tindakan terhadap seorang individu yang menfitnah dirinya.
Umum mengetahui, ibu kepada pelantun lagu Luluh itu meninggal dunia pada awal bulan Januari lalu, terdapat seorang individu yang mendakwa Khai Bahar tidak berada di sisi ibunya pada ketika itu kerana sedang bercuti dengan beberapa orang lelaki ‘songsang’.
Khai Bahar bagaimanapun memilih untuk memaafkan individu tersebut dan enggan memanjangkan isu berkenaan.
“Saya maafkan orang yang buat cerita itu. Kalau betul saya iyakan. Saya keluar dengan kawan dan orang terdekat.
Saya berkawan dengan semua orang dan saya tak memilih, tapi, bila ada yang pertikaikan dan cakap saya keluar bercuti dengan orang sedemikian, kenapa tak muat naik gambar sekali,” katanya.
View this post on Instagram
Penyanyi itu sebelum ini berang dengan dakwaan individu terbabit dan memuat naik kenyataan di media sosial miliknya bagi membidas dakwaan tersebut.
“Perkara ini mudah sahaja, saya bercuti di langkawi dengan empat kawan baik yang memang kami sudah kenal dari dulu. Mereka juga kawan saya juga di kampung, kalau pergi mana-mana memang dengan mereka.
Tapi bila individu ini cakap perkara tak betul, jadi disebabkan itu saya marah. Kalau hendak cakap kena ada bukti. Apa yang membuatkan saya hilang sabar kerana ia membabitkan mak saya.
Saya tak ambil tindakan undang-undang, cukuplah dengan perkara sebegini individu itu buka kesalahan sendiri. Cukuplah saya maafkan dan bersuara cukup setakat itu sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Khai Bahar yang juga akan berentap di Anugerah Juara Lagu tahun ini memberitahu dia sudah pun reda dengan ketentuan dan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Sumber: Utusan