in

Diserang Bell’s Palsy Sehingga Bibir Senget, Adibah Noor Akui Sukar Bercakap Seperti Biasa

Ft Adibah Noot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Serangan penyakit secara tiba-tiba pastinya menyekat banyak rancangan yang hendak dilakukan, tapi janganlah pula kita cepat mengeluh kerana setiap penyakitkan penghapus dosa.

Selepas pelakon Faye Kusairi, kini Adibah Noor pula menjadi mangsa serangan bell’s palsy yang menyerang sebahagian daripada wajahnya.


Kejadian yang berlaku tiga minggu lalu, menyebabkan pelakon dan pengacara itu terus dirujuk kepada pakar.

“Sebenarnya perkara ini sudah berlaku tiga minggu lalu. Ketika itu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor. Jadi saya pun pergi ‘shooting ‘ dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit.

“Saya punya huruf T pun menjadi macam terlalu rapat dan huruf S pun bunyi lain. Memandangkan ia berlaku pada hujung minggu dan saya masih ‘shooting’, jadi saya tak dapat pergi hospital. Pada keesokan harinya saya pergi jumpa doktor dan dia terus panggil doktor pakar. 

Capture 1 14 2

 

Serang bahagian kiri wajah

Sejak disahkan diserang bell’s palsy oleh doktor, Adibah Noor perlu mendapatkan rawatan fisioterapi setiap hari. Menurutnya lagi, dia berusaha untuk menyembuhkan penyakit ini dalam tempoh yang singkat bagi membolehkan dia meneruskan penggambaran.

“Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan saya alami Bell’s Palsy. Ia keadaan yang menyerang saraf pada bahagian muka sebelah kiri. Jadi, sejak tiga mggu lalu, saya setiap hari pergi buat fisioterapi untuk cepat baik sebab saya nak kerja dengan normal. Sebab Alhamdulillah, ada lah juga orang panggil ‘shooting’. Saya tak nak lah muka senget,”

Capture 25

Walaupun dia kini sudah menjalani rawatan sejak 3 minggu yang lalu, Adibah Noor akui keadaan bibirnya masih tidak pulih sepenuhnya ketika bercakap lapor Harian Metro.

“Selepas tiga minggu ada perubahan ketara. Sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung. Sekarang okay lah sikit. Cuma, macam hari ini saya dapati ketika bercakap bibir tak senormal sebelum ini. Walaupun ada banyak perubahan. 

“Apa boleh dikatakan, saya hampir sembuh dan semakin pulih. Perkara ini tak perlu masuk wad pun. Saya cuma datang hospital setiap hari buat fisioterapi di wajah. 

“Ikutkan ada dua sesi lagi. Sebab saya ambil 12 sesi. Kalau selepas ini saya rasa masih perlukan rawatan, saya akan teruskan. Tapi, insya Allah mungkin selepas ini dalam lima ke enam kali lagi okay dah. Insya Allah,” 

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitternya, Adibah Noor sempat berseloroh dengan gambarnya dengan caption “repair otak jap”.

Semoga pelakon yang sinonim dengan watak Kak Yam ni diberi kesembuhan seperti biasa, amin…

Baca : Thank you so much, kitaorang baru je nak cari duit Adibah Noor Buat Kenyataan Sinis Sebab Kes Covid-19 Naik

Capture 17 11

Sumber: Harian Metro
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.