in

Disapa Agensi Ketika Makan Di Warung Pecel Lele, Wanita Terus Dapat ‘Job’ Model Antarabangsa

F3 Mfw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, kalau dah rezeki kita memang tak kemana. Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan situasi seorang gadis Indonesia, Nafa Salvana yang tiba-tiba sahaja ditawarkan untuk menjadi model ketika sedang makan di warung pecel lele.

Tengah makan di warung pecel lele


Menurut sumber, Nafa ketika itu bersama rakan-rakannya sedang makan di warung pecel lele di kampusnya, apabila kebetulan pihak agensi model turut berada di situ untuk makan.

Melihatkan wajahnya yang unik, pihak agensi lantas menawarkan Nafa untuk menjadi model di bawah syarikat Who Knows. Difahamkan, kejadian ini berlaku sekitar bulan November 2021. Nafa turut berkongsikan kisah lucunya yang pada ketika itu hanya memakai t-shirt biasa dan seluar jeans.

Tak pernah ada pengalaman

Pada mulanya, gadis berusia 23 tahun ini sedikit takut dan risau untuk menceburi bidang peragaan kerana dia tidak mempunyai asas dalam bidang ini. Bagaimanapun, dia memberanikan diri dan ternyata menyerlah dengan karakternya yang tersendiri.

3

Nafa Salvana 16 43

Dari warung pecel lele ke Milan Fashion Week 2022!

Lebih mengagumkan, bakat Nafa melalui agensi Who Knows turut ‘dihidu’ oleh syarikat gergasi antarabangsa, The Claws Model Milan.

Syarikat tersebut menawarkan kerjasama bersama Nafa tanpa melalui ujibakat atau temu duga seperti kebiasaan. Sekali lagi rezekinya datang bak durian runtuh, Nafa Salvana disenaraikan bagi menyertai Milan Fashion Week 2022.

Kisah ini tular dan mendapat perhatian meluas di Indonesia. Kisah Nafa Salvana ini ternyata memberi insipirasi kepada kita semua bahawa, rezeki itu tidak pernah salah alamat.

Kredit: Suara.com

BACA: Tak Sampai Sebulan Bercerai Penyanyi Indonesia Ini Terkilan Suami Kahwin Dengan Pengasuh Anak Sendiri

Capture 8

Sumber: Fimela
Sumber: Detik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.