Seorang pemilik gym di London berdepan saman bernilai £67,000 kerana enggan menutup pusat bina badan dan kecergasan itu, selepas kerajaan Britain melaksanakan perintah berkurung buat kali kedua di seluruh negara.
Memetik laporan The Guardian, lelaki itu yang dikenali sebagai Andreas Michli akhirnya terpaksa akur dengan arahan tersebut selepas pihak polis diarahkan berkawal di hadapan gym tersebut dan melarang orang ramai daripada memasukinya.
Majlis perbandaran Haringey dilapor mengeluarkan beberapa saman ke atas Michli di atas kedegilannya, selain berjaya mendapatkan arahan penutupan gym tersebut dari pihak atasan.
Gym tersebut telah mula beroperasi sejak lebih lima tahun lalu. Susulan penutupannya, Michli berkata dia masih tidak membuat sebarang keputusan mengenai tarikh pembukaannya semula kerana masih perlu menunggu perbicaraan di mahkamah yang akan berlangsung minggu depan.
Britain melaksanakan lockdown buat kali kedua bermula 5 November lalu, dan penutupan semua gym merupakan antara Prosedur Operasi Standard yang dikuatkuasakan.
Baca: 5 Lelaki Kena Jangkit Coronavirus Lepas ‘Workout’ Dekat Gym