in

Dipanggil Mandul, Menantu ‘Cari Jalan’ Carikan Madu Untuk Mentua

Madu Untuk Mentua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan rumah tangga ini bukanlah sesuatu yang mudah, banyak hati yang sudah semestinya perlu dijaga.

Terbaru, seorang pengadu wanita di laman IIUM Confession mengaku dia mencuba untuk mencarikan madu buat mak mentuanya kerana geram kerap ditanya bila ingin menimang cahaya mata.


Pengadu itu berkongsi dia terpaksa menjauhkan diri dari keluarga suaminya kerana sudah tidak tahan dengan mulut celupar mentuanya dan merasakan itu adalah jalan yang terbaik.

Pexels Liza Summer 6382674
Gambar hiasan

“Nak putuskan hubungan terus itu tidaklah, tapi mungkin aku cuma nak jarakkan diri, nak elakkan konfrontasi. Takut mulut ni ringan jer berbalas cakap benda tak elok.

Kami suami isteri telah menjalani ujian kesuburan dan keputusannya kami suami isteri tiada masalah itu dan belum dikurniakan rezeki anak, itu sahaja,” tulisnya.

Lebih menyedihkan, mak mentuanya itu menyuruh suaminya untuk berkahwin lagi satu untuk mendapatkan zuriat serta berkata keturunannya tiada seorang pun yang mandul.

Wanita berkenaan turut berkata mak mentuanya itu membuatkan dirinya mengalami kemurungan yang sangat teruk kerana sehingga ke satu tahap mak mentuanya itu cuba untuk kenenkan suaminya dengan anak kepada kawan-kawannya.

“Carikan madu untuk mentua” 

Disebabkan keluarga suaminya itu berniaga, dia membantu mencari pekerja untuk gerai makan dan kebetulan ada seorang ibu tunggal yang sesuai untuk kerja itu.

Ibu tunggal itu kemudiannya menjadi pembantu di gerai tersebut, wanita berkenaan mendapat idea untuk kenenkan ibu tunggal itu untuk menjadi isteri kedua bapa mentuanya, memandangkan bapa mentuanya itu suka bermain media sosial dia melihat itu sebagai satu cara untuk ‘mengumpan’.

“Aku message dekat adik manis ni, pak cik teringin nak beristeri dua, businessmen. Lepas tu, aku share link profile Facebook bapa mentua. 

Aku lepaskan je, kalau terkena umpan, kenalah,” tulisnya.

Selang beberapa bulan, wanita itu kembali ke kampung, dia terlihat ibu tunggal itu sangat rapat dengan bapa mentuanya.

Bapa mentuannya selalu pergi beli barang kelengkapan gerai dengan ibu tunggal tersebut dan semakin kerap pulang lewat.

“Tiba-tiba profil Facebook ibu tunggal itu sepi…” 

Wanita itu cuba ‘skodeng’ profil Facebook ibu tunggal berkenaan dan terlihat beberapa gambar dengan ‘bakal suami’ namun tidak menunjukkan wajahnya.

61545880443 Poligami
Gambar hiasan

Ada juga gambar pergi ke kedai emas dan beberapa bulan selepas itu ibu tunggal berkenaan hilang dan tak dapat dihubungi.

Rupanya, awal Januari lalu, mak mentuanya sudah bermadu dengan ibu tunggal itu, katanya selepas terkantoi perkara itu mak mentuanya itu mengamuk sehingga tutup gerai selama 13 hari. Malah, suaminya itu turut dihalau keluar rumah.

“Masih dikeji…” 

Walaupun, ibu mentuanya itu diuji sebegitu, dia masih memberikan kata makian dan hinaan kepadanya kerana tidak berzuriat.

“Aku diam aje, sebab aku rasa aku dah menang. Memang dalam hati aku cakap mak, u layak terima semua ini dan aku dah nekad nak jauhkan diri daripada drama keluarga mak mentua ini,” tulisnya.

Pun begitu, pengadu itu berkata dia redha dengan sebarang kemungkinan kerana suaminya itu dikatakan sudah tidak sama seperti dulu.

Kalah drama pukul 7 ya…

Baca: [VIDEO] Kena ‘Bodyshame’ Masa Bertunang, Netizen Puji Bakal Mak Mentua Backup Tunang Anak

Ft Cincin Susah Masuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.