in

“Diorang ni semua ada suntikan ke?” – Pengusaha Kantin Tak Puas Hati Guru Jual Makanan Di Sekolah

guru jual makanan di sekolah cantas pengusaha kantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang diketahui umum, aktiviti menjual tidak kiralah sama ada dalam kalangan guru mahupun murid di sekolah adalah tidak dibenarkan.

Tidak semua jenis makanan dan minuman yang boleh dijual di kantin sekolah. Pengusaha kantin perlu mengikut perkara yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kesihatan.


Namun, tular di TikTok satu rakaman video memaparkan seorang wanita yang dipercayai pengusaha kantin meluahkan rasa tidak puas hati kepada seorang guru yang dilihat menjual pelbagai jenis makanan di koperasi sekolah.

Artikel berkaitan: “Nak berniaga tapi kosong bab kebersihan” – Chef Wan Tegur Ramai Peniaga Tak Tahu Kendali Makanan

Artikel berkaitan: “Patut dicontohi!” – Viral! Kantin Sekolah Jual Nasi Lemak Ayam RM2 Sepinggan

Menerusi rakaman itu, kelihatan pelbagai aneka makanan yang dijual seperti spagheti, mihun goreng, roti john, nasi lemak, ayam goreng dan macam-macam lagi dengan disertakan tanda harga diletakkan di atas kaunter.

Screenshot 2024 07 18 163026

Selain itu, terdapat beberapa orang murid dilihat sedang membantu guru terbabit menguruskan penjualan.

“Saya diam bukannya saya tak ni (peduli), tapi saya malas nak ni dengan cikgu. Tapi cikgu buat lagi macam ni. Dorang ni semua buat ada suntikan ke?” soalnya.

@kim_selat

Pelik Betul Lah, Pihak Sekolah Dan Pengetua Tak Ambil Tahu Ke Tentang Masalah Ni, Mana Boleh Cikgu-Cikgu Berniaga Dekat Sekolah, Kan Dah Ada Kantin, Banyak Gila Pulak Tu Jual Barangan Makanan/Minuman, Apa Guna Ada Kantin, Kalah Cikgu Pulak Yang Nak Berniaga.? Baik Tak Payah Buka Kantin, Teruk Sangat Dah Ni, Sekolah Mana Lah Ni, Harap Pihak Berwajip Mengambil Tindakan Sewajarnya, Kesian Owner Kantin.. #fypppppppppppppppppppppp #malaysia #videoviral

♬ original sound – 카이릴 이즈완 – 카이릴 이즈완

Namun guru terbabit membalas menyatakan dia hanya membuka jualan sempena hari sukan. Bagaimanapun, pengusaha terbabit membidas dengan mendakwa guru berkenaan menjual makanan tersebut setiap hari.

Perkongsian video itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dengan kenyataan pengusaha kantin terbabit kerana mereka telah dilantik untuk menyediakan makanan dan minuman sekolah.

Pun begitu, ada pula yang tidak kisah kerana merasakan makanan yang dijual di kantin tidak cukup memuaskan dan sedikit mahal daripada apa yang dihidangkan.

Ada juga mengatakan makanan yang dijual bukan dari pihak guru tetapi diambil dari peniaga luar dan dijual dalam koperasi sekolah.

Screenshot 2024 07 18 162305 Screenshot 2024 07 18 162411

Harap pihak atasan dapat beri penjelasan berkaitan isu ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.