Pelakon yang memegang watak Khuzairi dalam drama 7 Hari Mencintaiku ini sememangnya terkenal dengan sifat kelakar dan penyayang sebagai seorang suami. Sebelum ini, Shukri Yahaya pernah viral sebab gelagat dia yang berusaha untuk menceriakan isterinya yang bersedih ketika menceritakan mengenai arwah ibunya di IG Live.
Baru-baru ini, Shukri Yahaya viral lagi bila dia tiba-tiba muncul dalam IG Live isterinya yang dikenali sebagai Tya Adnan pada waktu dia tengah nak buat tutorial tudung.
Menerusi perkongsian video pemilik akaun Nur Nabila semalam di Tiktok yang mendapat lebih 700 ribu tontonan dengan hampir 90 ribu likes dan lebih 5 ribu share, video tersebut menunjukkan yang Tya agak segan bila Shukri tiba-tiba menyertai IG Live dia. Belum sempat nak buat tutotrial tudung, Shukri tak habis-habis memuji Tya sampai merah padam muka dia sebab malu suaminya puji di khalayak ramai.
@ilanabilaaaa Teruss tya takjadi live husband masuk ?? #shukriyahaya #tyaadnan #husbandwife #shuk #fyp
“Ya Allah cantiknya ciptaan Tuhan Allah ni.”
Pujian dan usikan daripada Shukri itu buatkan Tya tersipu -sipu malu dan susah nak teruskan live tersebut macam biasa. Kalau korang perasan, Tya pun kadang-kadang tutup muka dia pakai tudung sebab tak dapat tahan gelak tengok gelagat suaminya itu.
Macam baru bercinta
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi Shukri yang suka usik isteri dia. Ramai juga yang puji pasangan ini sweet sangat macam orang baru bercinta padahal diorang dah ada 2 orang dah pun tau.
Seronok tengok Shukri dengan Tya ni sampai rasa nak kahwin juga. MAKKK NAK KAHWIN!
Sumber: nnurrnabila