in

Dilapor Sudah Hilang 8 Bulan, Polis Sahkan Mayat Tanpa Kepala & Tangan Milik Cikgu Istiqomah

Mayat Tanpa Kepala Cikgu Istiqomah

Kehilangan seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi yang dilaporkan hilang pada 27 Disember tahun lalu akhirnya terjawab selepas disahkan maut dipercayai dibunuh oleh seorang kenalan universiti.

Memetik laporan Astro Awani, Superintendan Ashari Abu Samah berkata jasad guru yang berusia 32 tahun itu ditemui di dalam sebuah tong sampah tanpa kepala, kedua-dua belah kaki hingga paras lutut dan tangan pada 31 Disember lalu.

Bagaimanapun, pihak polis hanya mengesahkan jasad itu milik wanita berkenaan selepas ujian asid deoksiribonukliek (DNA) dijalankan pada 2 Ogos lalu.

Artikel berkaitan: Hukuman Mati Awari Diganti Penjara 40 Tahun, Ini Kes Jururawat Dirog*l & Dibun*h Dengan Kejam Depan Anak Sendiri Pada 2015

Artikel berkaitan: Dikaitkan Dengan Penemuan Rangka Di Rumah Kosong, Ini Kronologi Kes Kehilangan Bella

“Polis telah menjalankan siasatan dan ujian DNA yang dijalankan pada 2 Ogos oleh Bahagian Data Bank, Jabatan Siasatan Jenayah ke atas ibu kepada seorang wanita yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023 di Johor mendapati ia sepadan,” katanya.

Sementara itu, pihak polis telah menahan dua individu yang merupakan pasangan suami isteri masing-masing berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak bagi membantu siasatan bagi kes tersebut.

Sinar Harian 1

Tambahnya, siasatan dijalankan ke atas dua individu berkenaan kemudian membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tulang jari dan kepala di kawasan sekitar enam kilometer dari tempat mangsa ditemui.

“Mangsa ini mempunyai tiga orang anak dan dipercayai tangkapan lelaki ini memang kenal dengan mangsa manakala isterinya tidak mengenali mangsa.”

Kedua-dua individu itu direman selama 7 hari bermula 6 Ogos lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Pihak polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan,” jelasnya.

Sekitar Januari lalu, media melaporkan seorang wanita dibunuh dengan kejam apabila bahagian badannya ditemui disumbatkan ke dalam tong sampah dan dibuang ke dalam longkang tepi jalan Alor Gajah-Tampin, Pulau Sebang kira-kira jam 2 petang.

Sumber: Astro Awani