Sebentar tadi, remaja yang dikatakan telah menikam adiknya sehingga meninggal dunia ekoran pertengkaran mulut telah pun didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh tanpa niat di Mahkamah Majistret.
Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri ke balai polis setiap bulan. Sebutan semula kes pula ditetapkan 5 Disember ini.
Macam yang korang tahu, pendedahan ibu tertuduh di rancangan 999 malam semalam telah menjadi buah mulut netizen.
Selain itu, seorang peguam Asiah Abd Jalil turut memberikan komennya mengenai perkara ini dengan mengatakan bahawa cara ibu ini bercakap seperti tertuduh bukan anaknya.
Sampainya hati mak dia. Bercakap dengan wartawan macam suspek tu bukan anak dia.
“Seorang anak dah mati. Seorang anak bakal berhadapan kes bunuh.
“Ibu yang baik will never take side. Tak kiralah apa sebenarnya yang berlaku.”
Wartawan menangguk di air keruh
Ekoran tular posting dari Asiah, ibu kepada tertuduh didakwa telah menghubunginya bagi menjelaskan perkara sebenar.
Menurut ibu tersebut, wartawan 999 telah pergi ke rumahnya bersama sepasukan pihak polis menyebabkan wanita ini terpaksa membuka pintu dan menjemput masuk.
Namun begitu, ekoran belum ada peguam, ibu ini tidak tahu bahawa dia tidak diwajibkan untuk menjawab soalan wartawan.
Jelas ibu ini, niatnya hanya untuk membersihkan nama anak sulungnya itu supaya orang ramai berhenti mengecam.
https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/pfbid0jH8fxPNJaBBrSkafk6KEjdwBqPFmFM7XSy6jkWHhfRUUiykQ1NHAHJu43UekkZdrl
Niat saya adalah untuk menghentikan orang ramai dari terus mengecam kakak… Rupa-rupanya banyak yang saya cakap tidak disiarkan. Sedih puan.
“Saya sayang anak-anak tanpa berbelah bahagi. Saya cuba nak hentikan kecaman orang terhadap kakak. That’s why saya kuat untuk menjawab pertanyaan media. Tapi tak sangka jadi begini.”
“Saya syg anak saya puan… Saya ke sana ke mari untuk dapatkan lawyer untuk dia. Bergolok bergadai.
“Demi Allah niat saya kuat utk bercakap depan media adalah kerana saya nak org hentikan kecaman terhadap kakak.”
Asiah turut mengatakan bahawa wartawan yang bertanggungjawab itu juga sangat tidak beretika dan rancangan itu telah menangguk di air keruh dengan membuat suntingan sensasi demi mengejar rating tinggi.
Hm ibu mana yang tak sayangkan anak?
Baca: “Kakak masuk neraka sorang-sorang ke?” – [VIDEO] Ibu Dedah Kisah Sebenar Kakak Tikam Adik