in

Dijanjikan RM145K Dalam Masa 3 Jam, Abby Abadi Kena ‘Scam’ Dalam Group Telegram

Abby 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Abby Abadi membuat hantaran di Instagram mengenai dirinya telah menjadi mangsa scam di group Telegram. Abby berkongsi pengalaman itu untuk orang ramai berjaga-jaga supaya tidak menjadi mangsa scam yang seterusnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Kena invite masuk group trading

Pada mulanya, Abby telah dimasukkan ke dalam group Telegram ‘Trade Free Income’ yang mana ramai orang sedang rancak menunjukkan hasil pelaburan mereka melalui group tersebut. Abby pada ketika itu hanya memantau terlebih dahulu sehinggalah dia sendiri teruja untuk melabur dan dapatkan pulangan yang berganda dalam masa tiga jam.


Abby mengakui dirinya tidak berasa cukup lalu menggadaikan RM4000 pada mulanya bagi mendapat pulangan sebanyak RM145 ribu dalam masa tigajam.

Inilah bahana bila tak pernah merasa cukup!.. fikir punya fikir, terjebak akhirnya… RM4k mula2 ye bukan sikit.. dijanjikan sebanyak RM145k dalam masa 3 jam. Siapa tak nak kan?

Lepas RM4K, kena bayar lagi RM14.5K

Taktik scammer itu tidak terhenti di situ sahaja apabila Abby diminta pula untuk membayar RM14.5K bagi proses pencairan sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank.

Abby menyedari dia ditipu tetapi disebabkan wang dan tertarik dengan hasil labur beberapa orang di dalam group tersebut, dia akhirnya transfer lagi RM14.5K kepada scammer itu.

Artikel berkaitan: Scammer Berjaya Ditahan, Sempat Buat Keuntungan RM4.5 Juta Jual Tiket Konsert Coldplay Palsu

Artikel berkaitan: “Tersasar niat asal” – Netizen Terhibur Tengok Scammer Berborak Dengan Budak

Janji 15 minit boleh dapat, tapi…

Selepas Abby membuat pindahan wang berjumlah RM14.5K dan urusan akan selesai dalam masa 15 minit, sekali lagi scammer menyuruhnya untuk membayar RM29,770 untuk urusan bank.

Saat itu, Abby betul-betul tersedar dirinya sudah ‘terkena’ dengan scammer.

Tapi sblm tu disuruh bayar dulu RM29,770 utk urusan bank.. Haaa masa ni menyirapp dahhh.. barann dah dtg! Memanggggg rasa sangat dahh leburrr la duit akuuuu dapat ke geng scammer..

Walau bagaimanapun, Abby telah membuat laporan polis dan menyesal akan kecuaian dirinya setelah penat bekerja.

Menyingkap di ruangan komen, ramai netizen simpati dengan ujian yang menimpa Abby dan menceritakan juga pengalaman orang terdekat mereka ‘terkena’ dengan scammer.

Abby 2 Abby 3 Abby 4 Abby 5

Itulah benda dah jadi kan. Moga Abby dimurahkan rezeki lepas ni.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.