in

Didakwa Hilang Sejak 18 Mac, Gadis Rupanya Trauma Dirogol Bapa Tiri Sejak 2020

gadis hilang trauma dirogol

Sebelum ini tular mengenai seorang gadis yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak 18 Mac lalu, telah ditemukan selamat bersama rakan lelakinya di Perak pada Rabu lalu.

Kisah kehilangan gadis berusia 16 tahun itu pernah dihebahkan oleh ibu kandungnya menerusi media sosial agar anaknya dapat ditemui dengan selamat.

Bagaimanapun, ibu dan bapa tiri gadis berkenaan telah ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama.

Utusan melaporkan, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas pihaknya menerima satu laporan kes rogol melibatkan gadis tersebut pada Khamis lalu.

Mangsa dirogol sejak tiga tahun lalu

Polis memaklumkan permohonan reman telah dilakukan dan mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 15 April ini.

Difahamkan, gadis terbabit membuat laporan polis memaklumkan dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak 2020. Polis turut menahan ibu kandungnya yang dipercayai telah bersubahat tentang jenayah terkutuk yang dilakukan suaminya.

“Kedua-dua suspek ditahan di KLIA 2 semalam sejurus tiba dari Sabah.  Suspek lelaki merupakan seorang pengawal keselamatan, manakala isterinya peniaga nasi lemak,” katanya.

Semasa penemuan, gadis tersebut mengaku keluar dari rumahnya secara sukarela dan tinggal bersama rakannya. Polis kemudian melakukan siasatan mengenai punca remaja itu keluar dari rumahnya di Jasin dan tinggal bersama rakannya di Perak.

Baca: Anak Perempuan OKU Jadi Mangsa Eksploitasi Seks Ibu Kandung & Bapa Tiri
ibu bapa eksploitasi anak oku