in

Didakwa Bandar Paling Berbahaya Di Asia Tenggara, Kisah Dari Warga Klang Ni Tepis Dakwaan Mengarut ‘Pihak Luar’

Klang Harmoni

Baru-baru ini, kecoh sekejap bila mana sebuah laman sesawang yang berpangkalan di luar negara ‘Numbeo’ mendakwa bandar Klang merupakan lokasi yang paling berbahaya di Asia Tenggara.

Tampil menepis dakwaan tersebut, Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed berkata bahawa dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan mengelirukan. Secara tak langsung, ia membuatkan masyarakat mempunyai tanggapan negatif tentang bandar berkenaan.

Tambah Arjunaidi,  maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan oleh ‘Numbeo’ berkaitan indeks jenayah (crime index) dan indeks keselamatan (safety index) tersebut tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya.

ARJUNAIDI MOHAMED

Turut tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh laman web tersebut, pihak Lobak Merah telah turun padang dan menghabiskan separuh hari di sekitar Klang selain telah menjalankan poll di akaun instagram rasmi kami @lobakmerahmy

Untuk mendapat kepastian, min sendiri telah melakukan satu ‘eksperimen’ dengan sengaja meninggalkan topi keledar dalam bakul motor dan membiarkannya selama beberapa jam dan mendapati ia masih berada di sana walaupun di tinggalkan untuk tempoh yang lama.

Motor Di Klang

Kalau ikut ‘logik’ yang diperkatakan oleh Numbeo tersebut, pastinya helmet min dah hilang lama dah, tetapi perkara yang sebaliknya berlaku. 

Dalam tempoh masa tersebut, sempat juga bertanyakan kepada beberapa orang tempatan dan masing-masing ternyata tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut selain ada antara peniaga yang kesal kerana sedikit sebanyak ia memberikan impak kepada perniagaan mereka.

DSC07878

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga Little India Klang, Charles Manickam, kemeriahan suasana di kawasan berkenaan tetap berlangsung seperti biasa menjelang sambutan Hari Deepavali yang bakal disambut tak lama lagi.

Tambah beliau, kesan daripada laporan tersebut, orang ramai mula khuatir selain ramai rakan niaga dari luar negara tak putus-putus menghubungi beliau bertanyakan tentang perkara tersebut.

DSC07832

“Kalau dulu memang ye, tapi Klang sekarang tak macam dulu dah, jauh kurang kadar jenayahnya” – Pengerusi Pesatuan Penduduk Bukit Tinggi, Abdullah Jamrit

Semasa singgah untuk sarapan pagi di Chong Kok Kopitiam semalam, min melihat Klang ni sama seperti bandar-bandar lain di Malaysia yang harmoni dan mempunyai berbilang bangsa. Tidak pula diorang ni bergaduh atau berselisihan faham.

DSC07838

Tinjauan kami juga mendapati memang terdapat rondaan yang dilakukan pihak PDRM di seluruh bandar Klang. Selain itu, sepanjang tempoh min berjalan sepanjang jalan dengan kamera, beg dan sebagainya, tidak pulak diberhentikan. Malah disapa mesra oleh peniaga-peniaga yang melayan pelanggan yang membuat persiapan untuk perayaan Deepavali.

Selain itu, ramai yang menghantar pesanan Whatsapp selain menjawab persoalan di Instagram turut tidak bersetuju dan rata-rata memberikan jawapan yang positif bila ditanyakan persepsi tentang bandar Klang.

Whatsapp Conversation

Menurut seorang kenalan bernama Apiit yang menetap di Klang sejak sekian lama, sekiranya mereka yang tidak menetap di Klang yang mengeluarkan kenyataan berkenaan, agak tidak adil kerana menurutnya, Klang sama sahaja seperti kawasan lain.

“Bandar bersejarah, banyak tempat makanan best, sparepart motor & kereta murah”, tambahnya lagi.

Secara kesimpulan dan pemerhatian min, ternyata dakwaan yang mengatakan Klang adalah bandar paling berbahaya di Asia Tenggara tersebut tidak berasas dan tidak masuk akal dan ia hakikatnya sama seperti bandar-bandar lain di negara ini, aman dan harmoni.

Baca : “Stop tengok Hometown Cha Cha Cha, hilang masalah?” – Syed Saddiq Selar Kenyataan K-Drama Punca Remaja Bunuh Diri

collage 31

 

 

 

Sumber: Utusan
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah