Baru-baru ini kecoh apabila ada pihak menyatakan bahawa terdapat kes Monkeypox di Malaysia, penyakit yang berbahaya itu dikatakan menjangkiti oleh seorang kanak-kanak berumur 3 tahun.
Susulan itu, Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tampil memberikan keterangan mengenai kes tersebut. Katanya, ia bukan lah Monkeypox tetapi…
HMFD positif, Monkeypox negatif
Kata beliau, kanak-kanak tersebut telah pun dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor.
Jelasnya, kanak-kanak 13 tahun itu telah membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam pada 13 Mei, ruam pada 16 Mei dan pada 19 Mei ruam itu telah menjadi blister (bernanah dan berair) sebelum pecah pada 21 Mei.
Kanak2 ini dipantau di HKL. 2 sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD & Monkeypox.
Keputusan ujian mengesahkan HFMD positif Virus Coxsackie A6 & NEGATIF Monkeypox serta lain2 virus yg diuji pic.twitter.com/EGtDtbFy01
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 26, 2022
“Kanak-kanak ini dipantau di HKL, 2 sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk HFMD & Monkeypox.”
Oleh itu, beliau mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut positif HFMD Virus Coxsackie A6 dan negatif Monkeypox dan lain-lain virus yang diuji.
Baca : “Kes Aktif Meningkat Kerana Pembukaan Semula Rentas Negeri” – Dr Noor Hisham