in

Diana Danielle Perjelas Sebab ‘Membisu’ Tinggalkan Mahkamah, Anggap Tiada Faedah Ulas Isu Cerai

Diana Danielle Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Diana Danielle dilihat memilih untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang komen sejurus selesai urusan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Diana tidak memberi sebarang respons meski diasak dengan soalan daripada pengamal media, hanya berjalan tenang ke arah kenderaannya di pekarangan mahkamah.


Dalam perkembangan terkini, pelakon Imaginur itu tampil memberi penjelasan mengapa dia tidak memberikan sebarang ulasan di mahkamah.

Artikel berkaitan: Tiada Persefahaman & Syiqaq Berpanjangan Punca Diana Danielle Fail Perceraian – Peguam

Artikel berkaitan: “Memang sudah tidak boleh hidup bersama” – Diana Danielle Minta Peguam Bersedia Sejak Bulan Lalu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Menurut Diana, dia tidak melihat sebarang kepentingan untuknya membicarakan isu memfailkan perceraian itu lagi.

“Izinkan saya memberi penjelasan. Saya telah dipanggil oleh peguam saya ke mahkamah hari ini untuk memuktamadkan dokumen yang diperlukan untuk kes perdamaian dan perceraian.

“Semasa perjalanan ke bilik pemfailan, saya telah memberikan respon yang ringkas kepada rakan media dan percaya ia sudah memadai.

“Sebaik sahaja selesai, saya tidak melihat sebarang kepentingan untuk saya membincangkan perkara itu lagi,” ujarnya.

Pada masa sama, Diana juga memberitahu bahawa peguam yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir telah pun tampil dan memberikan maklumat kepada media yang hadir ke mahkamah.

“Peguam saya sudah memberikan jawapan yang relevan kepada media dan saya memilih untuk meninggalkan mahkamah kerana tujuan saya ke sana sudah tercapai,” jelasnya.

Img 1062

Dalam pada itu, Diana menegaskan apa yang dia mahu adalah suaminya itu melepaskannya dan keputusan tersebut muktamad sehingga dia dapat apa yang dia mahukan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.