in

“Dia tak sedih atau menangis” – Adik Jelaskan Nurul Shuhada Tenang Saat Terima Lafaz Talak Hafidz Roshdi

Ft Shuhada Tak Sedih Dilafaz Talak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat menegnai penceraian pelakon Hafidz Roshdi terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri semalam, adik perempuan Shuhada yang dikenali sebagai Sofia 25, mengesahkan perkara itu.

Menerusi mStar Online, Sofia menyatakan bahawa lafaz cerai itu dibuat menerusi panggilan telefon bersaksikan ahli keluarganya.


Tenang & tidak menangis

Kata Sofia lagi, kakaknya tenang menerima takdir tersebut dengan hati terbuka dan dilihat kuat berdepan dengan ujian tersebut.

Screenshot 2023 02 24 100113

“Shuhada dalam keadaan stabil dan dia terima perpisahan itu dengan hati terbuka. Dia tak sedih atau menangis. Bagi pihaknya, dia menerima takdir ilahi dan bersyukur terhadap apa yang terjadi sehingga membawa kepada perpisahan.”

“Sekarang dia sudah move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okay sahaja.”

Screenshot 2023 02 24 095539

Katanya, keputusan untuk berpisah itu dibuat atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak selepas kemelut rumah tangga mereka berlarutan kerana ada pihak ketiga.

“Perceraian itu melibatkan isu kepercayaan dalam hubungan. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik.”

“Saya melihat sendiri pengorbanan kakak berhadapan dengan isu rumah tangga mereka, bagi pihak kakak, saya juga bersyukur isu ini selesai dan semoga kebahagiaan lebih baik untuk Shuhada dan anak-anak.”

Baca : Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak 1 Depan Keluarga

Ft Hafidz Roshdi Bercerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.