Macam yang korang semua tahu, baru-baru ni satu video di TikTok telah tular menunjukkan makanan yang dibelinya dari gerai famous Mee Tonggek di Bazar Putrajaya berulat.
Ekoran dari ini, pada 16 April lalu gerai Mee Tonggek ini telah diarahkan tutup kerana kedai tersebut didapati kotor serta salah seorang pekerjanya gagal mendapat suntikan typhoid yang wajib diambil oleh orang yang mengendalikan makanan.
Semalam, YouTube MyMakanTV telah memuat naik video di YouTube menunjukkan Mee Tonggek viral tersebut telah pun dibenarkan beroperasi semula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dapat dilihat juga, pegawai-pegawai KKM turut berada di gerai tersebut untuk melihat sendiri proses masakan dan kebersihan di gerai.
Menurut pemilik gerai, walaupun dia mempunyai gerai fizikal, makanan yang dijual di bazar telah dimasak secara terus di tapak gerai dan kedainya hanya digunakan untuk memproses bahan-bahan mentah.
Dapat dilihat juga, sotong dan udang mentah di tapak gerai itu telah pun dibersihkan terlebih dahulu.
“Dia sorang pulak tu”
Menerusi perbualan dengan salah seorang pelanggan, pemilik kedai ini mengatakan yang dia akan mengambil tindakan ke atas individu yang menularkan video tersebut.
Dia sorang pulak tu. Naya betul. Sedih pun ada. Tak semangat sebenarnya. Orang nak mai pun takut.”
Lelaki ini turut mengatakan, sekiranya betul makanannya berulat, individu tersebut sepatutnya datang berjumpa dengannya sendiri.
Rata-rata netizen turut menyokong dan mendoakan agar perniagaan mee tonggek ini terus berjaya.
Baca: [VIDEO] Kecewa Mi Goreng Sotong Berulat, Netizen Dakwa Kedai ‘Famous’ Kena Sihir?