in

“Dia rogol & pukul saya bertahun-tahun” – Bapa Rogol Anak Empat Kali Sehari Dari Umur 6 Tahun Hingga 13 Tahun

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terlalu banyak cerita rogol yang melibatkan ahli keluarga sendiri. Menyedihkan bila orang yang sepatutnya melindungi kita, rupanya syaitan bertopengkan manusia.

Seperti kes yang berlaku di UK ini tentang seorang gadis, Shannon Clifton yang dirogol oleh bapanya selama bertahun-tahun hingga dia mengandung sebanyak dua kali.


Menurut Mirror, Shannon Clifton yang kini berusia 18 tahun bersedia menceritakan semula tragedi hitam ketika dia dirogol oleh bapanya Shane Ray Clifton hingga segala aktiviti keji bapanya ini terbongkar.

K

Pada awalnya, kehidupan Shannon sama seperti keluarga yang lain, tapi segalanya berubah bila ibu dan bapanya berpisah ketika dia berusia lima tahun.

“Saya sentiasa menjadi anak kesayangan ayah saya. Kalau ibu saya jerit marahkan saya, bapa saya akan kata ‘jangan cakap dengan Shannon macamtu’. Dia sangat protective dan kami memang tak boleh berpisah.

M

“Semasa ibu bapa saya berpisah, saya pergi untuk tinggal dengan bapa saya. Dia berubah secara tiba-tiba.

“Dia akan menjerit jika saya buat sesuatu yang dia tak suka dan dia akan tampar kepala saya. Dia kemudian mula menumbuk saya dan lama kelamaan dia bakar saya menggunakan seterika, serang saya guna tukul dan macam-macam lagi.”

Apabila Shannon masuk usia enam tahun, Shane jauhkan diri mereka dari semua ahli keluarga dan ketika ini penyeksaan sebenar mula berlaku.

K 1

“Dia bangunkan saya tengah malam dan baringkan saya atas lantai. Kemudian dia akan baring atas badan saya dan lakukannya. Saya rasa sakit yang teramat sangat dan menjerit menyuruh dia berhenti tapi dia tak mahu.

“Selepas itu saya terbaring dan saya lihat celah kangkang saya penuh darah.

“Bermula dari situ, dia makin kerap merogol saya. Tapi selepas itu dia akan minta maaf dan saya akan main permainan untuk lupakan tentang apa yang berlaku.

“Ayah saya kata pada saya, semua bapa buat macam ni pada anak perempuan mereka tapi saya kena rahsiakan perkara ini.

“Dia peluk saya dan janji tak akan buat lagi. Tapi dia sentiasa ulang perbuatannya ini. Walaubagaimanapun, saya tetap sayangkan dia kerana saya cuma ada ayah saya saja.

“Lama kelamaan, bapanya makin aktif merogolnya hingga hampir empat kali sehari.”

Nak dijadikan cerita, semasa Shannon berumur 11 tahun, dia mendapat tahu dia mengandung. Dia cuba sembunyikan kandungannya hingga usia kandungan mencecah 28 minggu.

0 Shannon Clifton

“Apabila saya beritahu ayah tentang kandungan tersebut, dia mula pukul saya hingga saya pengsan. Saya tak dapat nak ingat sangat apa yang berlaku ketika itu.

“Tapi, apa yang saya ingat, sebelum itu ada bayi dalam perut saya dan sekelip mata saya nampak darah di merata-rata tempat dan bayi dalam perut saya dah tak ada.”

Shannon kemudian hamil semula pada usia 13 tahun. Ketika ini, Shane cuba untuk gugurkan kandungan tersebut tapi tak berjaya, dia kemudian merancang untuk membunuh bayi ini selepas lahir.

Apabila perut semakin membesar, Shannon makin sukar untuk sembunyikannya. Shannon kemudian dipanggil oleh jururawat di sekolah dan disuruh untuk mengambil ujian kehamilan.

Shannon enggan membuat ujian tersebut dan lari dari sekolah sebelum polis datang dan menyerbu rumahnya.

“Apabila ayah nampak pihak polis, dia suruh saya panjat pagi dan lari ke padang belakang rumah bersama dengannya.”

Mereka menghabiskan masa enam hari menjadi pelarian sebelum ditangkap oleh pihak polis.

Berjaya bersendirian selepas bertahun-tahun, Shannon akhirnya melahirkan bayi lelaki di hospital dua hari selepas bapanya ditangkap.

“Bila saya lihat dia, saya terus jatuh cinta. Dia anak saya tapi pada masa yang sama dia juga adik saya. Saya keliru.”

Selepas keputusan DNA menunjukkan bahawa bapa durjana tersebut adalah bapa kepada bayi yang baru lahir ini, lelaki ini mengaku merogol anaknya. Tapi, dia katakan dia mula merogol anaknya ketika umur 10 dan bukan 6 tahun seperti didakwa.

Shane dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Shannon kini bakal mengambil ijazah dalam bidang psikologi penjenayah untuk cuba memahami motif bapanya melakukan perbuatan tersebut.

Macam manalah bapa boleh tergamak buat macamni dekat anak sendiri?

 

Baca: Lepas Rogol Anak 623 Kali, Bapa Tak Setuju Dengan Hukuman Minta Kes Dikaji Semula

Screenshot 2019 05 07 At 2.55.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.