“Dia rahsiakan sakitnya” – Maya Matahari Meninggal Dunia Akibat Kanser Tisu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Maya Matahari atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee telah menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini akibat kanser.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Matahari sebelum melakukan come back dengan memasuki pertandingan Gegar Vaganza musim ke-5 ini dikatakan telah menghidap kanser tisu sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut Awani, Maya yang berusia 44 tahun ini tak mahu berita penderitaannya ini sampai ke telinga peminat-peminatnya, media mahu pun orang ramai.

Beberapa rakan baik Maya seperti Haiza dan Ieda Moin juga turut memberitahu yang mereka baru saja mendapat kabar duka ini.

 

Baca: “Allahu tak sangka” – Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Sumber: Illuminasi
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson