“Dia ngomong English macam mat saleh US”- Ramai Cair Dengan Menteri Termuda Indonesia, Nadiem Makarim

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rasanya ramai tahu baru-baru ini pada 23 Oktober lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo ada memperkenalkan barisan menteri kabinetnya yang baharu, namun yang mencuri tumpuan ialah figura Menteri Pendidikan dan Kebudayaannya.

Menjadi menteri termuda dalam kabinet, Nadiem Makarim, 35 tahun nyata mencuri tumpuan segenap penjuru kerana beliau adalah lambang ‘transformasi’ pemerintahan Jokowi.

Malah admin percaya yang korang akan setuju dengan pemilihan Nadiem yang juga Bekas CEO Go Jek sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia selepas korang tengok video kat bawah ni.

Bila bercakap bahasa Inggeris, dia guna perfect English. Bila bercakap bahasa ibundanya, sepatah pun tak ada perkataan…

Posted by Ahmad Kailani Muhammad on Thursday, October 31, 2019

Bila bercakap bahasa Inggeris, dia guna perfect English. Bila bercakap bahasa ibundanya, sepatah pun tak ada perkataan bahasa asing yang dipakai.

Ini kehebatan menteri Indonesia ini. Graduan Brown Univ (an Ivy League university) dan MBA Harvard. Memang Kabinet Indonesia Maju, dan memang mereka on track untuk menjadi gergasi dunia.

Sejujurnya admin setuju giler dengan kenyataan kat atas ni, lepas tengok macam mana dia bercakap Bahasa Inggeris dan Indonesia.

Malah rata-rata netizen pun ‘cair’ dengan keupayaan Menteri Termuda Indonesia ni.

Sumber: Kompas Tekno

Sumber: facebook

 

Wow! English dia berhabuk weh! Dah sesuai sangat la pegang portfolio Menteri Pendidikan dan Kebudayaan tu.

Baca : Dia claim lagi- Gadis Ini Kata THE BEATLES Tiru Band Indonesia, Pulak! #DoneClaim

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.