in

“Dia nampak tenang.” – Anon Dedah Kisah Ibu Bunuh Diri Lepas Pendam Tiga Tahun Sebab…

Befunky Collage 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ikatan ibu dan anak terjalin sejak pertama kali kita lahir ke dunia. Saat kulit kita menyentuh kulit ibu buat kali pertama, kepanasan tubuh ibu yang memberi kita nyawa untuk terus hidup.

Kerana itu, ibu adalah cinta pertama kita. Mereka sanggup berkorban jiwa dan raga untuk kebahagiaan kita. Sekarang bayangkan bila cinta hati kita diambil dari kita.


Ini apa yang menimpa seorang individu apabila ibunya mengambil keputusan untuk mengakhiri kehidupannya. Kisah sedih dari individu tak bernama yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dengan nama @brgsjk telah membuatkan ramai menangis.

https://twitter.com/brgsjks/status/1102117187244847104

“Lengannya berbalut, leher ada kesan lebam”

Mama yang saya sayangi bunuh diri tiga tahun lepas. Saya masih ingat dengan jelas. Saya baru balik dari asrama dan papa beritahu mama masuk ICU. Papa hantar saya ke rumah makcik dan terus ke hospital.

Esoknya, saya pergi ke hospital dan lihat badan ibu penuh berbalut wayar dan matanya tertutup. Kedua lengannya berbalut dan dekat leher dia ada kesan lebam. Saya tak berhenti nangis dari saya sampai hingga dia meninggal.

Saya rasa susah hati sangat bila doktor datang dan periksa dia. Saya anak kedua dari 4 beradik. Abang saya tengah SPM ketika itu. Saya berumur 16 tahun, adik lelaki saya 12 dan yang bongsu 8.

Memang sakit bila tengok abang baca yaasin setiap malam dekat mama saya kemudian sambung belajar. Saya masih ingat cikgu tuisyen dia datang hospital dan mereka belajar di kafeteria selama dua jam.

“Saya dengan abang tolong mandikan jenazah mama”

Saya masih ingat bila doktor sahkan kematiannya. Ketika itu adik saya yang kecil di rumah bersama makcik saya. Doktor minta maaf dan saya ingat papa terus pengsan. Seluruh kehidupan saya menjadi gelap.

Doktor panggil nama saya banyak kali tapi saya tak dengar. Abang dah meraung dan hampir kena halau dengan pengawal keselamatan sebab kacau pesakit lain.

Saya dengan abang tolong mandikan jenazah mama. Saya tak tahu kenapa tapi dia nampak sangat tenang. Mama tak berbau dan proses mandikan sampailah masuk ke liang lahad berjalan dengan lancar. Tak macam cerita yang kita belajar dekat sekolah pasal orang yang bunuh diri.

“Kenapa awak bunuh diri sayang?”

Saya masih ingat papa menangis paling banyak. “Kenapa awak bunuh diri sayang? Awak tak sayang ke kat saya? Kat anak awak? Awak tahu tak bunuh diri tu dosa sayang? Saya ada je kat sini kenapa awak tak lepaskan kat saya? Kenapa awak pilih untuk diri sendiri? Kenapa awak tak fikir, sayang? Kesian kat awak sayang. Sakit ya sayang? Awak rehatlah puas-puas sayang. Awak jangan nangis dah.” Papa cium parut dan luka mama.

“Kami rahsiakan kematian mama”

Kejadian ni sangat menyakitkan untuk kami. Kami rahsiakan kematian mama antara keluarga saja. Saya masih ingat papa cakap dekat adik bongsu yang mama meninggal sebab sakit.

Setiap kali orang tanya kenapa mama meninggal, saya akan cakap sebab dia sakit. Saya tak dapat bagitahu orang yang mama bunuh diri.

Kami tak sambut raya tahun tu. Lepas solat raya, semua buat hal masing-masing. Sampai sekarang saya rasa bersalah dengan adik saya sebab dia tak layak terima perkara ini. Dia tak tahu apa-apa.

“Mama bergelut dengan skizofernia sejak umur 14 tahun”

Shutterstock 345397208 1024X1024

Mama telah bergelut dengan skizofernia, gangguan kemurungan utama dan anxiety sejak dia berusia 14 tahun. Dia ada parut cederakan diri sendiri di pergelangan tangan dan lengan.

Mama sangat prihatin dengan kesihatan mental. Dia sangat memahami saya dan abang saya. Dia akan perasan kalau kami berperangai pelik dan akan suruh kami cakap dengannya.

Dia tak pernah jerit pada kami bila kami dalam fasa melawan. Dia akan sentiasa pastikan keluarga dia sihat fizikal dan mental.

“Kalau ada masalah cari mama tau mama akan tolong mana yang mama mampu”

Saya ingat lagi masa abang kena tangkap hisap rokok. Mama tak pukul atau tengking abang, mama bawa abang keluar tengah malam dan berbincang. Mama tak pernah stresskan keluarga dia. Mama selalu cakap “kalau ada masalah cari mama tau mama akan tolong mana yang mampu”

Keluarga kami sempurna. Mama dan papa ada kerja yang elok dengan gaji yang banyak. Keluarga kami tak pernah ada masalah kewangan. Semua orang cukup makan, cukup solat. Semua ingat Allah dan sekali pandang, kami macam keluarga contoh. Kami semua gembira. 

“Mama kurus sangat. Dia tak nak makan. Selalu sakit.”

Saya ingat bila nampak mama nangis tanpa sebab, papa akan pujuk mama dengan cium dahi dan urut tangan. Papa akan cakap “awak cantiklah sayang. Nak nangis kenapa ni? Anak awak semua pandai, semua cantik. Awak dah buat yang terbaik dah.”

Tahun pertama mama meninggal, mama kurus sangat. Dia tak nak makan. Selalu sakit. Mama selalu baca al-Quran lepas solat maghrib dan doa sampai nangis.

Mama dah tak tahan ya? Mama pernah cakap yang mama dah tak nak susahkan papa dengan masalah mama. Mama pernah cakap dekat saya kalau satu hari saya ada anak, jangan pukul. Jaga mental dan fizikal dia elok-elok.

Mama pesan kat abang kalau ada isteri nanti jangan penat nak layan emosi dia. Mama pernah pesan dekat papa kalau adik saya buat hal, jangan tinggi suara atau pukul sebab nanti mama akan rasa sakit.

Mama tak nak anak dia dibesarkan dengan memori kena pukul atau kena maki. Tahun yang sama juga, mama memang lain. Dia akan selalu nak tidur ramai.

“Ya, kita semua tahu orang yang bunuh diri tak akan masuk syurga”

Mama, saya rindu mama sangat. Semua orang rindu sangat dekat mama. Kami tak tahu apa yang buatkan mama untuk ambil nyawa sendiri. Benda dah tak sama sejak mama meninggal.

Tahun ni puasa akan lain. Makanan bungkus untuk buka dan mamak untuk sahur. Masa raya, pergi McDonald’s dan tengok wayang.

Mama, kalau dulu saya ada masalah, saya akan selalu tengok muka mama sampai mama tanya “ada apa apa ke kat muka mama?”

“Tapi saya dah tak tahu nak tengok muka siapa. Saya tak kuat tapi sana kena. Sekarang saya ada masalah dan saya tengok gambar mama tapi mama senyum je.

Ya, kita semua tahu yang orang bunuh diri tak akan masuk syurga tapi saya sayang sangat dekat mama untuk percaya benda ni. Jauh dekat lubuk hati saya tahu mama dekat mana dan apa keadaan dia dekat sana. Tapi saya sayang dan tak akan berhenti doakan dia.

Kita tak boleh nak lawan takdir. Semoga anon terus kuat untuk teruskan hidup dan keluarganya diberikan kebahagiaan serta ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

 

Baca: Sentiasa Rasa Nak Bunuh Diri, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Di Wad Psikiatri

Screenshot 2019 03 05 At 4.39.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.