Sebelum ini, tular di media sosial di negara jiran, Indonesia bila motor kesayangan seorang wanita telah dicuri di dalam rumahnya.
Perbuatan pencuri itu sempat dirakam oleh CCTV, dalam rakaman itu, muka pencuri tersebut tak dapat dilihat kerana memakai topi keledar, pencuri tersebut telah masuk ke dalam pagar dan cuba untuk mencuri motosikal jenis Kawasaki Ninja.
Cubaan untuk mencuri motor tersebut gagal dan akhirnya pencuri tersebut beralih kepada motor jenis Honda Beat milik wanita tersebut.
Namun tiga hari selepas motornya dicuri, wanita yang dah putus harapan ini terkejut bila dia keluar rumah, motornya yang hilang telah pun dikembalikan!
Tak cukup dengan itu, pencuri tersebut turut tinggalkan sekeping nota meminta maaf atas perbuatannya.
Saya mintak maaf, saya khilaf boss :(“
Berkongsi dengan Tribun News, wanita ini berkata motor yang dipulangkan pencuri itu telah pun diganti dengan pelekat berwarna merah bagi melindungi warna asal motor tersebut yang berwarna biru.
Namun sehingga kini, dia masih tak mengetahui identiti pencuri tersebut dan bersyukur bila motor kesayangannya ini dipulangkan semula.
Bagi netizen di sana pula, dorang menganggap pencuri tersebut pulangkan balik motor tersebut kerana takut dikesan oleh pihak polis selepas rakaman CCTV tersebut tular
Yang penting dapat balik, betul tak?