in

“Dia minta tarik laporan polis, tapi…” – Ibu Sangsi Wanita Hilang Di Thailand Selamat

Ibu Sangsi Anak Selamat Di Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Chong Sum Yee atau lebih dikenali sebagai Angie yang dilaporkan telah hilang ketika berkunjung ke Thailand didakwa selamat dan sihat selepas muncul beberapa video mengenai dirinya menerusi satu akaun Facebook.

Namun, Chee Choy Won, ibu kepada Angie mengatakan dia berasa sangsi mengenai video terbabit dan buntu memikirkan keselamatan anak gadisnya itu.


Meskipun nalurinya kuat menyatakan anak itu selamat, namun tetap bimbang Angie menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan penipuan pekerjaan di Myanmar, lapor Sinar Harian.

“Suara kedengaran tertekan, minta tarik balik laporan polis”

Katanya menerusi sidang media di Ibu Pejabat DAP Johor pada Sabtu, anaknya juga sukar untuk dihubungi dan mengelak setiap kali ditanya mengenai keberadaannya.

“Angie ada hubungi saya menerusi aplikasi WhatsApp, beritahu dia ada di Thailand tanpa butiran lanjut. Saya cuba menghubunginya malam tadi namun tidak berjawab.

“Tidak lama kemudian, dia menghubungi saya semula dan mengatakan dia dalam keadaan sihat dan sangat bahagia di sana, namun suaranya kedengaran agak tertekan.

“Malah, dia turut meminta saya untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat sebelum memutuskan panggilan. Selepas itu, dia tidak dapat dihubungi lagi, mesej yang dihantar melalui WhatsApp tidak dibaca,” katanya.

Screenshot 2023 06 12 113503

Chee juga turut berlepas ke Thailand bersama anak lelakinya selama empat hari selepas mendapat panggilan polis negara itu berhubung kehilangan Angie.

Namun, difahamkan anaknya berkemungkinan berada di Myanmar dan polis Thailand dan Myanmar sedang bekerjasama bagi mengesan Angie yang sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 Jun lepas.

Sementara itu, abang Angie, Chong Jeng Wei turut musykil dengan adik perempuannya yang bekerja sebagai jurusolek di Kuala Lumpur memaklumkan pergi ke Thailand seorang diri kerana dia tidak pernah pergi ke luar negara bersendirian.

Jeng Wei berkata mereka semakin risau apabila Angie memberi alasan ke sana atas urusan kerja yang telah dinafikan oleh majikan dan berharap agar dia segera ditemui.

Baca: “Saya selamat, sihat” – [VIDEO] Wanita Hilang Di Thailand Didakwa Muat Naik Video, Cetus Tanda Tanya Netizen
Ft Angie Video Selamat Tapi Tak Percaya

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.