Perkara mistik ini bukanlah sesuatu yang baru dalam komuniti kita, sejak kecil mesti ada sahaja cerita-cerita ‘hantu’ yang buatkan korang susah nak tidur malam kan?
Biasanya, perkara mistik ini terjadi di tempat-tempat yang ‘keras’ atau tidak berpenghuni kan? Cuba bayangkan jika ia berlaku di dalam rumah korang sendiri…
Seorang gadis ini berkongsi kisah seram diganggu oleh sebuah ‘lembaga’ yang menyerupai ibunya sendiri!
Seramnya!
@tiyakamal2 Menyerupai is a big no for me #foryoupage #fyp #tiktok
Pengguna TikTok dengan nama @tiyakamal2 menceritakan perkara seram yang terjadi kepadanya sebelum ini.
Dalam video itu, dia menceritakan ibunya biasanya akan telefon sebelum pulang ke rumah untuk menyuruh Tiya masak nasi.
Selepas ibunya telefon, dia pun sambung main telefonnya dalam 5-10 minit dan pergi ke dapur untuk melakukan apa yang disuruh ibunya.
“Saya nampak mak saya duduk dekat ruang tamu pakai baju kelawar”
Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu, terlihat ibunya sedang duduk di situ dan menegur ‘ibunya’ itu kerana dia sangkakan dia tertidur ataupun terlalu ralit bermain telefon.
Apabila dia menegur ibunya itu, ibunya itu diam dan tidak membalas pertanyaannya. Dia juga ingatkan yang ibunya sedang marah padanya kerana dia tidak masak nasi seperti yang disuruh.
Dalam keadaan kelam-kabut, dia terus pergi ke dapur dan membasuh beras untuk masak nasi, ibunya berdiri diri sebelahnya tanpa berkata apa-apa.
Kemudian, ibunya pergi semula ke ruang tamu dan dia pun cuba untuk berbual dengan ibunya itu.
Gadis itu bertanya kepada ibunya lauk apa yang dibeli, dia juga bertanya jika ibunya itu ingin dia memanaskan lauk-pauk yang dibelinya tadi.
Ibunya menggeleng dan berkata “tak apa lah”.
Tiba-tiba telefonnya berdering
Selepas itu, telefonnya mula berdering dan rupanya ibunya yang telefon. Gadis itu dah mula seram sejuk, dia kemudian melihat ke arah ruang tamu dan apa yang disangkakan ‘ibunya’ itu sedang berdiri melihat tingkap.
Ibunya berkata “nanti tolong turun angkat barang”
Dia pun terus keluar dari rumah itu dan sebelum itu dia sempat disapa oleh ‘lembaga’ itu dan ia bertanya “nak pergi mana tu” gadis itu yang sedang dalam ketakutan dengan pantas menjawab dia nak pergi kedai.
Ketika gadis itu sedang tunggu di luar rumah, dia mengintai ke dalam rumahnya dan ‘lembaga’ itu bertanya kepadanya “dah tau ke?”
Dia terus pergi kepada ibunya yang sedang marah kerana dia lewat untuk membatu ibunya itu.
Apabila mereka masuk semula ke dalam rumah, seluruh rumah itu berbau wangi seperti bunga yang sukar untuk digambarkan.
Fuh, betul seram punya cerita ni!
Baca: ‘Duduk atas bahu lagi’- Peguam Ini Kongsi Kejadian Seram Berlaku Sepanjang Kerja