in

“Dia lapar tu” – Sekumpulan Lembu Datang Buat Kecoh Di Kenduri Buat Netizen Geli Hati

1Lembu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengadakan majlis perkahwinan adalah satu perkara yang sangat rumit. Bagi melancarkan majlis, pelbagai perincian perlu dilakukan secara teliti bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Begitulah yang terjadi kepada satu majlis perkahwinan atau kenduri yang tular di TikTok baru-baru ini.


Dalam video yang tular itu, kelihatan sekumpulan lembu datang menyerbu kenduri kahwin yang sedang berjalan hingga menyebabkan pengunjung terpaksa lari menyelamatkan diri.

Korang boleh tengok video lembu serang kenduri oleh @adidd15 dibawah.

@adidd15

Kecoh!! sapi tiba² datang ke majlis kawin😆😆

♬ bunyi asal – Aditt – Aditt

Dia lapar tu

Kemungkinan lembu yang terlepas dan menyerang kenduri tu tengah lapar. Yang tuan lembu tu pun satu gak, dah tahu ada kenduri berdekatan, bagi lah makan yang cukup.

Lepas tu tutup lah kandang, atau tambat betul-betul. Kesian tuan rumah kena hadap lembu time kenduri pulak.

Screenshot 2023 06 24 At 2.19.43 PmMungkin ada yang leak jemputan kepada lembu-lembu ni. Lembu yang datang ke kenduri tu hanya memenuhi undangan je. 

Screenshot 2023 06 24 At 2.19.16 PmBetul, biasanya kerja Tuhan ni penuh misteri. Mungkin ada hikmah kehadiran lembu di kenduri tu. Moga-moga pasangan tu bahagia di dunia dan akhirat. 

Screenshot 2023 06 24 At 2.19.02 PmMacam min cakap tadi lah. Mungkin lembu tu lapar. Dah bela haiwan ternakan tu kena pandai lah jaga kan. Jangan disebabkan kecuaian kita, orang lain yang menanggung akibatnya. 

Screenshot 2023 06 24 At 2.18.25 PmItu lah kan. Mungkin ada yang menjemput lembu datang majlis kenduri ni. Ataupun lembu-lembu tu nak melawat saudara-mara yang dah selamat jadi lauk kenduri. 

Baca: “Takut, tapi comel” – Gajah Bawa Anak ‘Ceroboh’ Rumah Jadi Buah Mulut Netizen

Screenshot 2023 06 24 At 2.19.57 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.