in

“Dia kecewa betul” – Anak Sari Yanti Sangka Dapat Gelaran ‘Hajah’ Lepas Buat Simulasi Haji

Haji 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dahulu lagi, kebanyakan ibu bapa pasti akan menghantar anak-anak mereka untuk belajar mengenai asas ilmu agama di sekolah.

Sama seperti yang dipraktikkan oleh pelakon Sari Yanti yang membawa anak perempuannya bernama Dariya untuk melakukan simulasi ibadah haji bersama rakan-rakannya di sebuah masjid.


Dariya kecewa sebab…

Menerusi hantaran di Instagram, Dariya telah dihantar untuk menghadiri program simulasi haji cilik iaitu program pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai rukun Islam kelima itu. Dalam program tersebut, kanak-kanak akan belajar serta mempraktikkan cara untuk menunaikan haji.

Snapinsta.app 447654326 966894928509309 816570913811527867 N 1080
Sumber: instagram
Snapinsta.app 447647760 3794391004141690 8012410140800154859 N 1080
Sumber: instagram

Sari Yanti berkongsi kisah gelagat anaknya yang menyangka akan mendapat gelaran ‘Hajah’ selepas selesai simulasi haji tersebut.

Artikel berkaitan: “Dah 6 bulan usia kandungan” – Jep Sepahtu dan Sari Yanti Tak Sabar Tunggu Cahaya Mata Keempat

Artikel berkaitan: “Puas pujuk jangan cakap painful” – Anak Jep Menyakat Anak Orang Lain Lepas Khatan Sampai Menangis

Alhamdulillah dah jadi Hajah Dariya. Bila balik tadi dia tanya betul ke dia dah buat Haji? Mama kata tu praktis.. dia kecewa betul.

Maksud mama semua tu fake? Ya, Dariya tu praktis je. Saya ingat semua orang akan panggil saya Hajah! So sekarang bukan mak cik dah la.. dia Hajah.

Bagaimanapun, Sari Yanti mendoakan cita-cita Dariya tercapai untuk menunaikan haji suatu hari nanti.

Semoga Allah kabulkan cita-citamu anakku. Semoga satu hari nanti kita dan yang membaca dan mendoakan ni dapat haji mabrur dan reda Allah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat Dariya serta mendoakan kanak-kanak itu.

Haji 1 Haji 2

Moga cita-cita Dariya tercapai.. Amin!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.