Bila kita dengar nama Akon, mesti lagu ‘Lonely’ terngiang-ngiang dekat telinga korang kan? Tapi, berapa ramai antara korang yang tahu Akon ni adalah seorang Muslim?
Sejak beberapa hari lepas, gambar penyanyi dan rapper terkenal Akon atau nama sebenarnya Aliaune Damala Bouga Time Puru Nacka Lu Lu Lu Badara Akon Thiam menunaikan umrah tular di media sosial membuatkan ramai peminat terkejut bila melihat sisi lainnya ini.
Akon is in Makkah. pic.twitter.com/6sOiieoN8b
— Daha Dagal (@DagalDaha) March 3, 2020
I just found this amazing picture of singer Akon performing #Umrah last year in March 2019 around the same time I was in Makkah for Umrah.
Makkah is one place which gives you a very transforming spiritual experience and reminds the nothingness of this life. #life goals ? pic.twitter.com/nulLsMZgW4— وفاء سلطانة (@SultanaWafa) March 3, 2020
International Singer AKON spotter at Masjid_al_Haram in Makkah ? pic.twitter.com/aQtqLudCqg
— Magic Peach ? (@MagicPeach57) March 3, 2020
Penyanyi berusia 46 tahun ini sebenarnya memang dilahirkan sebagai Islam dan bila ditemuramah, Akon sering mengatakan yang kejayaan dia hari ini adalah kerana kepercayaannya kepada Allah dan Islam. Bukan tu je, dia pun tak minum alkohol tau!
Untuk korang yang tak tahu, Akon ni berasal dari Senegal dan dekat sana, hampir 90% penduduknya adalah Muslim, so tak pelik pun sebenarnya bila tahu Akon ni beragama Islam.
Di Instagram peribadinya, Akon ada memuat naik beberapa gambar menunjukkan dia melakukan konsert di Jeddah, Arab Saudi, so mungkin alang-alang dia dah kat sana, dia buat sekali umrahnya.
https://www.instagram.com/p/B9GlvKCgN2C/
Ekoran tularnya video dan gambar Akon menunaikan umrah ini, ramai peminat yang menyatakan rasa terkejut sebab dorang tak tahu pun yang Akon ni Islam.
Baguslah Akon ni, tak mudah hanyut dengan dunia hiburan kat sana.
Baca: “Rap muzik iblis” – Gempar! Rapper Popular Kanye West Nekad Berhenti Jadi Penyanyi Rap Sebab…