Seekor anak gajah mencuri perhatian ramai kerana gelagatnya yang melucukan. Gambar anak gajah itu mula viral selepas dimuat naik oleh seorang netizen di Facebook pada 16 November baru-baru ini.
Menurut Breakin News, gambar itu dirakamkan di Chiang Mai, Thailand dan difahamkan anak gajah tersebut sebenarnya telah buat satu kesalahan ‘jenayah’ dan kantoi dengan penduduk kampung.
Rupa-rupanya, dia tengah syok ‘pelahap’ tebu di ladang tebu salah seorang petani sebelum kantoi dengan orang kampung. Bila dia sedar kehadiran orang kampung, anak gajah itu cuba menyelamatkan diri daripada tidak ditangkap dengan menyorok di belakang tiang lampu elektrik!
Perbuatannya itu membuatkan penduduk kampung semua tertawa dan warganet juga turut terhibur selepas gambarnya dimuat naik di Facebook. Gambar tersebut viral bermula di Facebook dan kini sudah tersebar di platform media sosial yang lain seperti Twitter, Reddit dan Instagram.
Lebih melucukan, apabila orang kampung mendekatinya dan suluh lampu serta sergah, anak gajah itu tetap tidak berganjak dan hanya statik, kaku di situ. Dengan harapan, tiada sesiapa yang nampak dia ‘menyorok’ di belakang tiang tersebut.
https://twitter.com/IsskndarAriffin/status/1328954648523395075
Tidak dinyatakan apa yang dilakukan penduduk kampung kepada anak gajah itu namun menurut Indians in Gulf, para petani di Thailand memang selalu berdepan masalah sebegini, tanaman diganggu gajah.
Bagaimanapun, haiwan itu tidak diperlakukan apa-apa kerana ianya dilindungi memandangkan spesis tersebut disenaraikan sebagai haiwan terancam pada tahun 1986.
Note: Gajah memang suka makan tebu. Sebab tebu adalah salah satu diet plan dan membekalkan tenaga untuk gajah.
Delicious lunch break 😊
Sugarcane is one of favourite food of elephants. In captivity sugarcane is an integral part of the diet plan. To provide energy. pic.twitter.com/IsjJDQCx2k— Susanta Nanda (@susantananda3) February 13, 2020
Baca: [Video] Kambing Pun Join Lumba Lari Buat Satu Geng ‘Terciduk’, Siap Tunjuk ‘Power’