Anak Azhar Sulaiman Kasih Iris Leona yang juga seorang personaliti TikTok popular ini sering dilanda kontroversi ekoran sering mengenakan pakaian mencolok mata.
Tapi kontroversi kali ini lain pula kesnya.Baru-baru ini Leona telah kongsikan di Twitter peribadi menunjukkan seorang wanita dikatakan telah menyerang ruangan komen Instagram dia dan bapanya Azhar Sulaiman mendakwa dia mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.
Dalam ciapan yang dikongsikannya itu, Leona menunjukkan tangkap layar komen wanita yang dikenali sebagai Nor Azira tersebut menceritakan tentang kecurangan suaminya.
Menurut luahan wanita ini, dia telah meninggalkan komen mengenai perangai anak Azhar Sulaiman di Instagram dan mengatakan bahawa Leona telah menggunakan duit suaminya sepanjang menjalinkan hubungan sulit.
Tolong tanya anak awak kasihirisleona tentang semua duit yang dia dah guna ketika menjalinkan hubungan sulit dengan suami saya.
Minta dia kira semua bil hotel, makanan, kapal terbang dan semua percutian ketika berseronok dengan suami saya.
Untuk pengetahuan awak, anak awak habiskan duit saya RM3,000 sebulan. Tolong bayar semua duit yang dia dah guna sebelum saya buat laporan polis.”
Tak cukup dengan itu, wanita ini juga mengatakan yang gara-gara hubungan sulit ini, dia dan anak-anaknya tidak mempunyai duit simpanan sejak tahun 2014 serta menuduh Leona sengaja hendak scam suaminya dan tiada niat untuk berkahwin.
“Saya tahu sebab suami saya retweet status anak awak”
Ekoran tuduhan yang dilemparkan ini, Leona kongsikan tangkap layar lain menunjukkan Azhar Sulaiman telah menghubungi wanita itu dan meminta bukti.
Wanita tersebut telah membalas whatsapp pelakon tersebut dengan mengatakan dia telah mengetahui mengenai hubungan sulit tersebut selepas melihat suaminya ulang kicau ciapan yang dibuat oleh Leona. Allahu, itu je buktinya?
Ekoran dari ini, Leona secara bergurau telah meminta agar orang yang dah berkahwin untuk tidak retweets ciapannya kerana nanti dituduh jalin hubungan dengan suami orang.
ok if ur married, don’t ever retweet my tweets. Nnti ur partner accuse me of having an affair with u ?
— leona (@kasihirisleona) August 14, 2022
Manakala menerusi ruangan komen, ramai netizen dilihat telah menyerang wanita tersebut di aplikasi WhatsApp selepas dia meninggalkan nombor telefonnya di dalam komen yang dibuatnya itu.
Alamak plot twist betul. Ni modus operandi baru untuk scam duit orang ke?
Baca: “Berhenti jadi tuhan” – Leona Minta Netizen Stop Kira Dosanya & Hargai Komen Yang Baik-baik