in

“Dia cakap I halusinasi” – Suami Curang Ketika Isteri Berpantang, Buang Bukti Bermaksiat Dalam Kereta

Laki 6 1

Seorang wanita di laman X membongkarkan perbuatan jijik suaminya yang telah curang dengan kekasih gelap ketika dia masih dalam tempoh berpantang. Hantaran yang tular di platform X baru-baru ini memaparkan satu video pergaduhan wanita itu dengan suaminya.

Difahamkan, mereka bertengkar gara-gara si suami telah membuang kad SD dashcam kereta yang mana ada bukti hubungan terlarang suaminya bersama si ‘penyondol’.

Jumpa banyak bukti bermaksiat

Wanita yang sedang berpantang itu mengamuk dan menjerit sekuat hati kepada suaminya kerana masih lagi keluar dengan ‘penyondol’ tersebut walaupun mereka dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangga di mahkamah.

Tadi aku tengok dashcam korang masih jumpa. Patu berebut SD card tu and buang. Dalam tu ada banyak bukti korang bermaksiat. Apa yang korang dua buat kat aku memang kurang ajar!

Semalam dia buang SD card yang ada video diorang bermaksiat, dia langgar orang and lari, dia tolak I semua ada dalam tu. Dia dah buang pastu gelakkan I cakap I halusinasi sebab dia dah buang! – kapsyen hantaran

Artikel berkaitan: “6 tahun bertahan” – Isteri Beri Alasan Suami Tak Puaskan Permintaan, Curang Di Aplikasi ‘Dating’

Artikel berkaitan: “Mungkin lama dia pendam” – Suami Didakwa Curang, Isteri Lepas Geram & Bertekak Dengan ‘Penyondol

Bukan itu sahaja, suaminya dan ‘penyondol’ tersebut sudah dibuang kerja gara-gara bermaksiat di dalam pejabat tetapi bukti mereka bercumbu di dalam kereta telah pun dibuang. Pun begitu, dia masih ada bukti yang lain seperti video paparan litar tertutup, mesej dan lain-lain.

Now dia nak saman I fitnah and nusyuz sebab yelah dia tengah video seks dia buang. Tapi, ada bukti CCTV, bukti chat, bukti Airbnb, bukti video call I simpan.

Nafkah RM600, lepas untuk susu anak je

Dia berkongsi juga gambar bahagian tangannya yang mempunyai kesan lebam kerana didera oleh suami. Selain itu, nafkah yang diberi hanya sebanyak RM600 dan lepas untuk membeli susu anak yang menghidap jantung berlubang.

Kawan and adik aku adalah saksi tadi kat luar mahkamah, dia gelakkan I and cakap I gila. Sebab I punya bukti kukuh dia buang. And dia nak bagi I nafkah RM600 je! Anak dia ada masalah jantung berlubang. Susu sahaja RM600 belum besar lagi.

Laki 7 1

Dia walau bagaimanapun tidak mahu memanjangkan cerita di platform tersebut dan meminta orang ramai mendoakan kedua-dua mereka bertaubat dan suaminya memberi nafkah yang secukupnya untuk anak. Dia juga berharap agar kemenangan berpihak padanya.

Di ruangan balas, ramai netizen mendoakan urusan rumah tangga mereka dalam diselesaikan dengan baik.

Laki 1 Laki 2

Sumber: X