Gempar tengah hari tadi berita mengenai seorang lelaki yang dipercayai memakai gelang kuarantin telah hadir ke Balai Polis Sentul untuk membuat aduan.
Selepas kejadian tersebut, operasi di Balai Polis Sentul ditangguhkan sementara atas saranan pasukan kesihatan. Notis arahan penutupan balai polis itu juga telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.
n
Walau bagaimanapun, kemas kini terbaharu daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) melaporkan bahawa lelaki berusia 81 tahun itu bukan pesakit Covid-19. Namun, dia pernah dimasukkan ke wad dan mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Balai Polis Sentul kembali beroperasi petang ini
Selepas laporan itu diterima, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah memaklumkan bahawa Balai Polis Sentul akan beroperasi seperti biasa bermula 4 petang hari ini selepas proses sanitasi kedua.