in

“Dia beritahu isteri tidak dapat melayan kehendak dia” – Pengadu Dakwa UEL Suka Hantar Gambar Alat Sulit

Ft Uel Pengadu

Pengadu yang mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual pendakwah Ebit Lew menjelaskan kepada pihak mahkamah bahawa dia selalu dihubungi oleh Ebit Lew menerusi panggilan video di aplikasi WhatsApp.

Malah, pengadu juga memaklumkan bahawa dia sering menerima gambar yang menunjukkan kemaluan pendakwah itu.

Artikel berkaitan : “Saya ingin ucapkan takziah kepada keluarga” – Ebit Lew Imamkan Solat Jenazah Bella

Artikel berkaitan : 17 Gambar Kemaluan Lelaki Dalam Telefon Ebit Lew Tak Dikenal Pasti Milik Siapa –  Saksi

Menurut Astro Awani, pengadu wanita itu merupakan saksi pendakwaan yang kesembilan tampil untuk memberi keterangan di Mahkamah Tenom pada Selasa.

Dalam keterangannya menerusi pemeriksaan utama yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, pengadu menjelaskan bahawa dia akui ada berhubung dengan Ebit Lew tersebut menerusi aplikasi Instagram (IG).

61707807587 Tbkesebitlew

“Seingat saya pada 4 Mac 2021, saya ada hubungi Ebit Lew di IG beliau, kemudian dia membalas mesej saya dan meminta nombor telefon.”

“Tanpa rasa ragu, saya memberikan nombor telefon saya kemudian dia terus WhatsApp. Dia bertanyakan tentang apa masalah saya dengan suami. Ebit Lew membuat panggilan dan masa itu saya sambut panggilan beliau kerana bagi saya, tidak fikir perkara yang bukan-bukan,” katanya yang turut memberikan gambarnya sekeluarga.

Bagaimanapun, pengadu memaklumkan bahawa pada jam 4.30 petang, 14 Mac 2021, pendakwah tersebut buat pertama kali mengirimkan gambar kemaluan.

Pengadu turut memaklumkan kepada pihak mahkamah yang dia ada bertanya kenapa pendakwah tersebut melakukan perkara sedemikian.

Screenshot 2024 02 13 182101

“Masa itu dia beritahu isteri tidak dapat melayan kehendak dia, kehendak seks dia yang terlalu tinggi. Saya cuba menasihati tetapi beliau tidak mengendahkan malah terus WhatsApp dan cuba mempengaruhi saya untuk memberikan gambar kepadanya,” katanya.

Sebagai rujukan, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber : Astro Awani

Sumber: FMT