Kisah dakwaan kes keganasan rumah tangga yang berlaku ke atas pasangan popular Indonesia ini jelasnya telah mendapat perhatian ramai orang.
Malah baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin turut menitipkan pesanan khas buat penyanyi Indonesia Lesti Kejora yang dikatakan telah dipukul oleh suaminya Rizky Billar ini menerusi Instagram peribadinya.
Namun begitu, pandangan dari Zarina ini telah membuatkan ramai netizen meluahkan rasa tak setuju mereka.
Ini kerana, dalam pesanannya itu, Zarina telah meminta agar Lesti memaafkan perbuatan Rizky dan menganggap ianya hanya ujian kecil yang menimpa dirinya.
Selain itu, Zarina turut meminta agar Lesti selalu berdoa supaya diberikan kekuatan bagi menghadapi sepak terajang kehidupan rumah tangga.
Lesti Kejora ibu manis punya suara lunak merdu ini..memaafkan itu sangat terpuji… Berbahagialah kamu bersama suami dan anakmu… Anggap ini ujian kecil sebahagian dari hidupmu.. Teruslah melangkah gengam erat tangan suamimu jangan sesekali kau biarkan ia terlalu lama dengan api amarahmu.
“Berdoalah selalu,semuga terus kuat dalam sepak terajang kehidupan rumahtangga… Yang manis itu kamu jadi serikan kehidupanmu dengan yang manis manis… Senyum bangunkah terus kuat untuk anak untuk suamimu… Maafkan dia, InsyaAllah dia akan berubah menjadi lebih baik seiring usianya meningkat naik.”
“Lelaki kalau dah naik tangan dan curang tu tak boleh dimaafkan”
Pesanan Zarina ini telah mendapat perhatian ramai orang termasuk netizen dari Indonesia yang rata-ratanya tak setuju dengan permintaan pelakon ini meminta agar Lesti memaafkan Rizky.
Malah ramai yang menganggap, sekiranya suami dah mula angkat tangan, ia bukan perkara yang ringan dan boleh dimaafkan kerana ada kemungkinan dia bakal ulangi semula perbuatannya.
Untuk pengetahuan korang, ketika artikel ini ditulis Zarina telah pun memadamkan postingnya ini.
Apa pendapat korang? Patut ke Lesti maafkan Rizky?