in

“Di luar jangkaan” – Diva AA Menari Dangdut, Penganjur Fiesta Raya Baling Mohon Maaf

Diva Aa Menari Dangdut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sebuah klip video memaparkan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menari ala dangdut di atas pentas dalam satu karnival di Kedah, baru-baru ini.

Aksi Diva AA bersama beberapa orang lelaki itu telah mendapat kecaman hebat kerana dilihat seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.


Penganjur mohon maaf

Memetik Harian Metro, Maju Kedah Resources dalam satu kenyataan, berkata persembahan tarian ala dangdut selebriti terbabit adalah di luar jangkaan pihaknya berikutan ia bukan salah satu daripada atur cara program.

Artikel berkaitan: Kongsi Detik Ketika Dirawat, Diva AA Tetap Akan ‘Bermulut Laser’ Walaupun Baru Sembuh Dari Sihir

Artikel berkaitan: “Mana hang punya selendang?” – Ingatkan Bergaduh, Netizen Geli Hati Lihat Diva AA ‘Serang’ Diva BB

Katanya, kehadiran selebriti terbabit adalah atas jemputan sahabat Tiktokers, Diva BB yang turut sama berniaga di Fiesta Raya Baling.

@saifulnizam769

Lain macam sambutan di bulan Ramadan ampa.. Kat mana ni?

♬ original sound – Saiful Nizam – Saiful Nizam

“Merujuk kepada video viral Diva AA menari di atas pentas Fiesta Raya Baling baru-baru ini, kami bagi pihak penganjur Fiesta Raya Baling 2024 memohon sejuta kemaafan atas isu berkenaan.

“Perkara itu berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentas kerana Diva AA, Azwan Ali tiada dalam senarai jemputan rasmi.

“Pihak Jawatankuasa Fiesta Raya Baling amat kesal di atas apa yang berlaku dan sekali lagi memohon maafkepada semua pihak yang terkesan dengan isu tersebut,” katanya.

Insiden itu juga mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob yang menegur dan mengarahkan Fiesta Raya Baling 2024 ditutup serta-merta atas dasar tanggungjawab berhubung insiden terbabit.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.