Siapa di sini kaki K-Drama? Jika anda ialah penggemar drama Korea, pasti anda tahu demam Descendants of the Sun (DOTS) yang pernah melanda Malaysia suatu ketika dahulu.
Lebih mengujakan, pelakon utama DOTS iaitu Song Joong-ki dan Song Hey-kyo telah memutuskan untuk berkahwin selepas jatuh cinta semasa sesi pengambaran drama sedang dijalankan. Namun begitu, jodoh mereka tidak panjang apabila ‘Song Couple’ ini telah memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka dengan penceraian.
Terbaru, Descendants of the Sun kini telah diadaptasi dalam versi Filipina! DOTS versi Filipina ini mula ditayangkan pada 10 Februari yang lalu dan masih ditayangkan sehingga ke hari ini. Jika anda berminat untuk tonton DOTS versi baru ini, boleh tonton di GMA Network!
Pelakon dengan muka yang sama!
Jika anda tonton trailer DOTS versi Filipina ini, anda akan perasan pelakon untuk versi baru ini wajahnya seakan-akan pelakon asal daripada versi Korea Selatan. Pelakon yang membarisi DOTS versi Filipina ini juga bukan calang-calang orangnya, berikut adalah senarai pelakon:
Dingdong Dantes sebagai Big Boss
Jennylyn Mercado sebagai Song Hye-kyo
Rocco Nacino sebagai Jin Goo
Jasmine Curtis-Smith sebagai Kim Ji-won
Buat anda yang mahu tonton trailer penuh, boleh tengok di bawah ini!
BACA: “Penangan Parasite” – Lokasi Penggambaran Parasite Diserbu Pelancong Seluruh Dunia Bila Ke Korea