in

“Depan Kaabah takleh control nafsu ke?” – Netizen Menyampah Dengan Statement Da’i Farhan, Samakan Dengan Kisah Cinta Rasulullah

Eh Kau Paan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh tentang kisah rumah tangga Da’i Farhan yang telah menikahi seorang wanita berstatus janda. Netizen beramai-ramai selar tindakan Farhan kerana isteri pertamanya sedang sarat hamil ketika ini.

Selepas viral satu status daripada seorang individu yang membongkarkan cerita rumah tangga mereka, Farhan juga telah membuat kenyataan dari pihaknya di mana menurutnya semua itu adalah fitnah.


https://www.instagram.com/p/B5O4bKRA6aG/

Farhan
sumber: blog

Terbaru, nama Farhan sekali lagi jadi bualan netizen di internet lepas satu video menceritakan kisah cinta antaranya dan isteri kedua itu.

Lebih membuatkan netizen meluat adalah bila Farhan sendiri mengaku ada 18 orang wanita melamarnya sebelum ini namun dia tolak.

Jujur ustaz cakap, 18 orang perempuan minta nak jadi isteri kedua ustaz.”

Tapi kata Farhan, perempuan ke 19 yang melamarnya adalah isteri keduanya sekarang. Menurutnya, dia tidak mampu menolak kerana di depan Kaabah.

Tapi wanita yang ke-19 ni, ustaz dapat di tanah suci, dapat depan Kaabah. Ustaz takde kekuatan nak tolak.”

https://www.instagram.com/p/B5PfudrgJfP/

Sudahlah netizen meluat dengan kenyataan yang itu, ditambah pula dengan statement Farhan yang berkata pertalian cintanya dengan isteri kedua pula diibaratkan seperti kisah cinta Khadijah dan Nabi SAW.

Tonton video di bawah:

Memang ramai netizen dekat Twitter yang dah meluat dan menyampah dengan Farhan memberi komen tentang kenyataannya itu.

Ada yang kata tidak selayaknya dia digelar ustaz kerana jelas menunjukkan sikapnya sebagai penunggang agama. Ada juga yang selar Farhan kerana menunjukkan contoh seolah-olah poligami itu berdasarkan nafsu saja.

Komen1 Komen2

Komen3
sumber: twitter

Apalah perasaan isteri pertama bila tengok video ni…

Baca: “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak fitnah…” – Dai’ Farhan Buat ‘Report’ Polis Tuntutan Saman Lepas Kena Fitnah

Dai Paan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.