Jika anda atau ahli keluarga yang anggap mempersendakan orang itu sebagai satu bahan jenaka, mungkin sudah tiba masanya untuk ubah tanggapan itu.
Biarpun bagi korang ia hanya perkara kecil, tetapi mereka yang terkena itu mungkin rasa sakit kerana kena hadap dengan jenaka kecil itu daripada ramai orang.
Satu kisah yang dikongsikan daripada ML Studio ini menceritakan kehidupan yang dilalui oleh seorang gadis berdarah Pakistan dibuli semasa sekolah, bila diceritakan kepada pihak pengajar, jadi bahan sindiran pula.
Diejek k*ling sejak tadika
Ibu bapa (ayah dah lama menetap sebab ikut arwah atuk dan ibu datang Malaysia pada tahun 2000) kepada wanita ini memang berasal dari Pakistan dia dilahirkan pada tahun 2001, sebagai anak Pakistan sudah semestinya dia di didik dengan cara budayanya. Kebebasan terbatas dan tidak boleh bersosial sesuka hati.
Tidak sama seperti kanak-kanak lain, dia seringkali menjadi bahan ejekan rakan-rakan lain kerana fizikal yang berbeza dengan yang lain.
“Nak dijadikan cerita, saya first time nampak orang racist, nampak layan saya macam lain, masa tadika. Saya ingat semua budak macam saya, tapi budak-budak lain bila nampak saya diaorang macam “eeeee, k*ling.”, “eeee. hitam”.
“Dulu kulit saya memang gelap lah, saya macam selalu nangis, lepas tu bila saya sekolah rendah time tu saya tengah darjah dua.”
Kena racun masa darjah 2, bila jumpa, lagi dihina
Ketika waktu sekolah rendah pula, wanita ini menceritakan bahawa dia pernah kena racun dengan rakan sekelas saya sendiri, Semasa keluar dari kelas untuk asah pensil, dah habis tu masuk dalam,rasa haus terus minum.
Bila nak laporkan dekat cikgu, cikgu pula malas nak layan.
“Tiba-tiba rasa kerongkong sakit sampai ke perut memang terbakar, memang saya rasa macam…tak tahu macam mana rasa panasnya dan sakitlah, saya beritahu cikgu, tahu cikgu cakap apa? “Lagi 3 minit nak balik, jangan nak mengada.”
Sampai sahaja dirumah, dia terus pengsan dan dikejarkan ke ICU. Alangkah terkejutnya apabila dapat tahu yang ada pelajar masukkan rabun tikus, racun arerosol dimasukkan ke dalam minumannya.
“Bila dah tahu siapa yang racun saya tu kitaorang pun pergi lah jumpa dia, lepas tu dia tak mengaku bersalah pun dia cakap “siapa suruh datang Malaysia, pergi lah balik negara kau, haa kel*ng.”
Dibuli dan hampir-hampir nak bunuh diri masa tingkatan 2
Ketika meningkat ke sekolah menengah pula, dia menceritakan yang dia tiada kawan sehinggalah ke sekolah menengah.
Dugaan yang dirasai makin berat apabila rakan sebaya mengejek dan membuli, pernah dipukul di belakang sekolah, beg dibuang, cermin mata patah dan rasa macam nak bunuh diri.
“Masa form 2 tu, first time saya cuba bunuh diri, saya memang tak tahan lah dengan semua benda tu.”
Luah dekat kaunselor, tersebar kat cikgu lain, kena sindir dalam kelas
Sehingga kini, dia kini mengalami beberapa penyakit mental dan rasa trauma sampai lah meningkat dewasa ini.
Teringat semasa tingkatan 3, rasa tekanan dan dugaan ini menjadi bahan remeh guru kaunselor dan sebarkannya dengan cikgu lain.
Masa tu saya form , saya pergi jumpa kaunselor, saya memang dah tak tahan kena buli, saya dipanggil Pak Arab, Syiah, saya lalu mana-mana orang katakan “Valak, valak”, memangs akitlah, saya tanggung sorang-sorang je, saya cerita dekat kaunselor sebab dengar cerita kaunselor boleh tolong.
Tiba-tiba cikgu-cikgu sebut dalam kelas, “dengar cerita ada orang tak tahan dah nak duduk Malaysia ni.”
https://www.instagram.com/tv/CWaRxeSr2Vf/?utm_medium=copy_link
Bagaimanapun gadis ini akui bahawa dirinya kini sudah kuat dengan segala tohmahan dan cacian dan disebabkan itu, dia bertekad untuk ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi dengan tujuan agar dapat membantu generasi muda yang senasib dengannya.