in

“Demi biceps berotot” – ‘Popeye Rusia’ Ini Sanggup Suntik Lengan Sendiri Dengan ‘Petroleum Jelly’

Demi Biceps Berotot Popeye Rusia Ini Sanggup Suntik Lengan Sendiri Dengan Petroleum Jelly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memiliki badan berotot mungkin merupakan impian bagi sesetengah manusia. Ada yang sanggup spend masa berjam-jam exercise setiap hari bagi mendapatkan bentuk badan idaman.


Seorang lelaki di Rusia juga memasang impian yang lebih kurang sama iaitu dia mahukan biceps yang berotot. Namun begitu, cara yang dilakukan pemuda berusia 24 tahun ini mungkin akan buatkan anda tercengang dan garu kepala.

Tereshin E1615083747383

Sejak berusia 20 tahun, Kirill Tereshin mengaku dia menyuntik kedua-dua lengannya dengan kira-kira tiga liter petroleum jelly bagi mendapatkan bentuk lengan ‘sado’ yang diingini.

Walaupun suntikan itu berjaya ‘membesarkan’ otot lengan Tereshin, lelaki yang menggelar dirinya ‘Popeye Rusia’ itu kini berdepan risiko dia mungkin akan kehilangan kedua-dua belah tangannya.

Kiril E1615083785961

Tereshin yang juga merupakan bekas askar kini dilaporkan sudah menjalankan pembedahan tricep kali kedua bagi mengeluarkan ketulan petroleum jelly yang sudah mengeras dan otot mati di dalam kedua-dua belah tangannya.

Menurut Tereshin yang menetap di Pyatigorsk, wilayah Stavropol Krai, dia sepatutnya menjalankan pembedahan terbabit pada tahun lalu namun disebabkan pandemik COVID-19, pembedahan itu terpaksa ditunda.

“Buat masa ini, ‘system immune’ badan saya masih mampu melawan kesan sampingan. Tapi, saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Oleh itu, saya memilih untuk melakukan pembedahan untuk buang ‘mimpi ngeri’ ini,” katanya.

Tambah Tereshin, dia bersyukur ada doktor yang sanggup menerima dan membantu menyelesaikan masahalnya.

Sementara itu, pakar bedah Dmitry Melnikov yang telah berjaya mengeluarkan beberapa ketulan di dalam lengan Tereshin memberi amaran bahawa ‘Popeye Rusia’ itu mungkin kehilangan nyawanya sekiranya dia gagal mengeluarkan ‘implan’ terbabit.

“Kesemua ‘petroleum jelly’ yang disuntik Tereshin perlu dikeluarkan namun pada masa yang sama, perlu menjaga urat, saraf dan fungsi anggota lain. Pembedahan paling sukar dilakukan adalah pada ‘bicep’ kerana ada saraf sensitif,” katanya.

Tereshin difahamkan akan menjalani satu lagi pembedahan pada tahun ini bagi mengeluarkan baki petroleum jelly yang lain.

Kirill E1615083967837

Menurut Tereshin, dia menyesal dengan perbuatannya itu dan mengaku dia sepatutnya berfikir akan kesan yang bakal dihadapi sekiranya dia meneruskan ideanya menyuntik petroleum jelly pada lengan.

Sumber: Daily Star

Baca: Wanita Ini Sanggup Lakukan 10 Pembedahan Plastik Untuk Jadi ‘Barbie Hidup’

Untitled Collage 6 E1615083497773

Sumber: RT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.