Fathia Latiff nampaknya masih lagi menjadi perhatian ramai apabila tular sebuah video pelakon itu yang dilihat sedang meluahkan rasa marah ketika sesi live di TikTok.
Dalam video itu, Fathia telah mendedahkan sebab dia berdendam dan tidak puas hati dengan dua orang individu dan mereka yang bekerja dengan sebuah jenama fesyen terkenal.
Artikel berkaitan: “Pakai timba pun boleh” – Fathia Latiff Kata Tudung Tak Wajib, Menutup Aurat Wajib
Artikel berkaitan: “Itu makanan dia” – Dakwa ‘Interview’ Disunting, Fathia Latiff Cakap Caprice Kurang Ajar?
“Sebab tu saya simpan dendam dekat dua orang b*d*h tu”
Menurut Fathia, punca dia berdendam dengan dua individu yang dimaksudkan itu adalah kerana dia tidak dapat menyertai majlis yang dianjurkan jenama fesyen terkenal berkenaan.
Itu yang saya dendam sangat. Kamu tahu betapa susahnya ibu saya belikan baju V*****, ibu dan kakak saya cantikkan saya supaya saya dapat pergi ke acara berkenaan.
“Tiba-tiba mereka tak benarkan saya hadir macam tu saja. It’s not fair. Sebab tu saya simpan dendam dekat dua orang b*d*h tu,” katanya sambil menangis.
Korang stop la provoke Fathia Latiff. Kesian member sampai menangis. pic.twitter.com/GtIcEuE1Kj
— Bbie. (@twtbiy) January 29, 2024
“Korang stop lah provoke Fathia Latiff”
Video berkenaan walau bagaimanapun telah dimuat naik ke X dan ramai di kalangan netizen meminta orang ramai di luar sana untuk berhenti meninggalkan komen yang negatif di akaun pelakon itu.
Hal ini kerana ia membuatkan pelakon itu terganggu dari segi emosi dan sekaligus membuatkan dia melakukan hal di luar jangkaan.
Terdahulu, Fathia telah mencetuskan kontroversi dengan menyamakan isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza dengan bibik dan mendakwa Aiman yang juga bekas kekasihnya masih mempunyai perasaan terhadapnya.
Korang juga boleh lihat sendiri kat video tu macam mana orang komen dekat Fathia. Patutlah dia marah. Kesian juga kat dia.
Sumber: X