in

Datuk Red Bersyukur Dapat ‘Job’ Tak Disangka-sangka, Jadi Model Pakaian Jakel

Datuk Red Model Jakel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kecoh pendedahan Datuk Red yang sudah muflis sejak tahun 2019 dan kini mencari pekerjaan demi menampung keperluan anak-anak dan membayar hutang, suami kepada penyanyi Adira itu mendedahkan yang dia kini telah mendapat ‘job’ baru.

Menerusi satu posting di TikTok, Datuk Red dilihat memperagakan pakaian baju Melayu dari Jakel.


Model

Artikel berkaitan: “Saya tak minta sedekah” – Datuk Red Tahan Sebak Dapat Banyak ‘Gift’ Ketika ‘Live’ Di TikTok

Artikel berkaitan: Dedah Sudah 5 Tahun Hidup Ditanggung Adira, Ramai Simpati Dengan Nasib Datuk Red

Video yang mendapat 1.8 jumlah tontonan dengan lebih 150,000 likes di TikTok itu memaparkan Datuk Red tiba di premis Jakel dengan menaiki motosikal jenis EX5 dan memperagakan beberapa pasang baju melayu pelbagai warna.

Dia kemudian dilihat menaiki semula motosikalnya dan berlalu dengan beberapa beg pakaian di tangan.

@dato..red

Bismillah, terima kasih Datuk Feruz @JAKEL MALL HQ kerana beri peluang dan beri job yang tidak di sangka sangka Semoga Jakel menjadi jenama melayu muslim yang kaya berjaya. Tadi sampai sampai ada lebih dari 600 orang staff dan semuanya orang kita. Bangga ada orang melayu macam ni, sangat hebat Jangan lupa ya support baju melayu Jakel dan terima kasih kepada @ANAS® kerana kenalkan dengan Datuk Feruz dan bagi pinjam selipar masa shoot juga terima kasih @thelikeyuti kerana siapkan saya. Terima kasih saudara Aidid Marcello juga, Semoga Allah balas jasa kalian terhadap saya #KongsiBersama #IngatRayaIngatJakel #JakelBarulahRaya

♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Menerusi ruang kapsyen, Datuk Red telah mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel atas peluang yang diberikan, di samping memuji perniagaan tersebut yang berjaya.

Bismillah, terima kasih Datuk Feruz kerana beri peluang dan beri job yang tidak disangka-sangka.

“Semoga Jakel menjadi jenama Melayu muslim yang kaya berjaya. Tadi sampai-sampai ada lebih dari 600 orang staff dan semuanya orang kita. Bangga ada orang Melayu macam ni, sangat hebat,” tulisnya.

Di samping itu juga, dia telah mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu lain yang membantunya dalam proses mendapatkan ‘job’ tersebut.

Video berkenaan mendapat pujian netizen yang bersyukur akhirnya Datuk Red mendapat pekerjaan dan memuji Jakel kerana prihatin dengan masalah dihadapi bekas usahawan itu.

Semoga Datuk dapat banyak lagi job supaya boleh tanggung keluarga dan banyak hutang-hutang yang tertunggak. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.