Admin sebenarnya paling tak gemar sejenis manusia yang menggunakan agama demi kepentingan diri sendiri. Lebih menyedihkan, orang ini juga gunakan anak yatim untuk mengkayakan diri mereka pulak. Uish ini dah teruk ni!
“Tolonglah kami kerana Allah…”
Semalam, viral di media sosial akan kes sebuah pusat tahfiz di Kedah disuruh tutup gara-gara mempergunakan kanak-kanak untuk mengutip derma. Pun begitu, ‘rintihan’ pemilik pusat tahfiz ni viral di Twitter, gara-gara dia menuduh kerajaan kejam kerana menutup pusat tahfiznya tanpa sebab.
Sumber: Twitter
“Tak payah buat-buat menangis la. Orang Sungai Petani semua tahu modus operandi korang”
Pun begitu, rata-rata netizen nampaknya tak terkesan langsung dengan tangisan video viral di atas sebab ada rahsia besar yang telah terbongkar di sebalik penutupan pusat tahfiz ini.
Menerusi perkongsian netizen di Twitter juga, penduduk sekitar kawasan Sungai Petani sebenarnya sudah faham benar dengar modus operandi pusat tahfiz tersebut. Mereka telah mempergunakan budak-budak untuk kutip derma walhal bos mereka senang lenang beli kereta dan banglo mewah. Allah!
“Boss tahfiz ni ada banglo dalam Kelab Cinta Sayang…. Rumah tu harga 1 juta lebih. Jangan mention aku suruh bersangka baik”
“Kedekut ko ni. Takut sangat orang ambil duit ko”
Bila orang dah reveal perkara yang benar, ada pula yang tuduh netizen ini sakit hati, kedekut dan sengaja buat fitnah. Padahal ramai yang dah terkena dengan pusat tahfiz ni.
Walau bagaimanapun, mujurlah kerajaan negeri Kedah telah mengambil inisiatif pantas dengan menutup pusat tahfiz tersebut. Menurut Berita Harian, notis penutupan telah dikeluarkan pada 11 Mac lalu dan penyitaan telah pun dilakukan mengikut Seksyen 16A dan Seksyen 21 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.
120 pelajar di pusat tersebut telah pun dihantar ke rumah ibu bapa masing-masing dan 11 anak yatim telah diambil oleh pihak JKM.
Haih bilalah orang-orang macam ni nak stop dari jadi penunggang agama? Kesian budak-budak yang dipergunakan mereka ni.