in

“Daripada bagi je baby ni, baik dapat duit sikit” – Gadis Mahu Jual Bayi Kembar RM15,000 di Mudah.my

Jual Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tenat. Itulah gambaran mengenai akhlak dan nilai moral remaja masa kini. Apa yang lebih membimbangkan ialah mereka terlalu terikut-ikut dengan budaya barat terutamanya dalam hubungan cinta sehingga berani melakukan seks bebas dan melahirkan anak luar nikah!

Lebih menyedihkan, selepas bayi yang menjadi buah cinta kepada hubungan tersebut dilahirkan, mereka memilih untuk membuangnya ke tepi jalan ataupun menjualnya kepada sesiapa yang menginginkan dengan harga yang agak lumayan. Sampai hati! 


Menerusi perkongsian aktivis sosial, Syed Azmi di laman Facebook, dia telah mendapat laporan daripada beberapa pihak yang terlihat sebuah iklan di laman jual beli Mudah.my mengenai penjualan bayi kembar dengan harga sebanyak RM15,000. 

24899906 10155356982416478 5487074595539312515 N
sumber: facebook

Susulan daripada laporan tersebut, Syed Azmi telah menghubungi pihak Mudah.my yang seterusnya mengambil tindakan pantas untuk menurunkan iklan tersebut daripada laman web mereka.

Tidak cukup dengan itu, dia juga telah berhubung dengan pegawai polis di Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan tujuan untuk mendapatkan perlindungan terhadap bayi-bayi tersebut.

“Saya juga hubungi ibu kepada gadis yang melahirkan kembar tersebut. Dia telah melihat iklan itu dan terkejut (dengan tindakan anaknya). Saya cuma berharap kami masih tidak terlambat. Kami kemudian buat perancangan,” katanya.

24993435 10155357384346478 6736511870316175448 N
sumber: facebook

Menurut Syed Azmi, gadis itu baru berusia 20 tahun. Manakala teman lelakinya pula berusia 17 tahun. Mereka tidak bernikah walaupun ada beberapa pihak yang memaksa pasangan kekasih itu untuk bernikah sebaik si lelaki berusia 18 tahun supaya lebih mudah untuk mereka menjaga bayi kembar tersebut bersama-sama.

Pun begitu, syukurlah mereka tidak bernikah, menurut Syed Azmi. Pasangan tersebut tidak pandai menjaga anak-anak mereka dan hanya ingin hidup bebas tanpa sebarang ikatan. Mereka juga ada menyuruh tiga keluarga lain menjaga anak-anak tersebut, namun semuanya tidak sanggup kerana bayi kembar itu kerap menangis.

Akhirnya, mereka telah memilih jalan mudah iaitu dengan cuba menjual bayi-bayi tersebut dengan harga RM15,000 di Mudah.my. Mudah sangat kan? 

“Budak lelaki itu cabut. Keluarga budak lelaki tu pula minta keluarga perempuan tersebut serahkan bayi kepada ahli keluarga lain dan mereka tidak patut berkahwin.”

Syed Azmi telah merancang pertemuan dengan gadis tersebut bersama ibunya dan bayi kembar yang malang itu di rumah mereka pada jam 9.40 malam. Hadir bersamanya ialah Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL).

24900066 10155357126641478 7578541809293078157 N
sumber: facebook

“Keluarga gadis ini datangnya daripada golongan berpendapatan rendah yang rajin bekerja dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat antara satu sama lain. Kedatangan kumpulan saya dan JKM amat memeranjatkan gadis tersebut. 

“Kami cuba menjelaskan kepadanya apakah kesalahan yang telah dia lakukan dan bertanya apakah rancangannya selepas ini. Pada saat itulah dia menjawab,

Susahlah nak jaga. Mak kata ada orang nak tapi takkan nak pakai bagi free free je, bagitahulah berapa dia nak kasi,” katanya selamba.

Ya Tuhan takkan tak ada rasa sayang pada bayi-bayi tu??

Syed Azmi sekali lagi menjelaskan bahawa tindakannya salah. Malah dia juga sempat bertanya bagaimana remaja itu memutuskan untuk meletakkan harga sebanyak itu kepada bayi-bayinya. Dia menjawab tanpa rasa bersalah,

“Main tekan-tekan kat handphone je.” 

“Awak bagitahu saya, berapa harga awak?” tanya Syed Azmi kembali. Gadis itu terdiam mendengarnya.

Meskipun telah dijelaskan berkali-kali mengenai kesalahannya untuk menjual bayi-bayi tersebut, gadis itu tetap tidak mengerti. Dia mahu memberikan anaknya kepada orang lain tetapi pada masa yang sama dia juga mahukan imbalan daripada ‘pertukaran’ tersebut. Aduhai! 

24909613 10155356580881478 5946448082912414022 N
sumber: facebook

Buat masa ini, ibu muda berkenaan telah diberikan tiga pilihan. Iaitu sama ada memberikan anaknya kepada keluarga angkat, serahkan kepada JKM atau hantar ke OrphanCARE. Pun begitu, bayi-bayi itu kini telah diambil oleh pihak Syed Azmi untuk dijaga di rumah yang lebih selamat untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berulang lagi.

Marilah kita doakan semoga ibu bayi tersebut sedar akan kesalahannya dan menyesal dengan tindakan melulu itu. Semoga bayi kembar itu juga mempunyai masa depan yang cerah dan dijaga oleh keluarga yang menyayanginya. 

Baca: Gadis Gagal Gugurkan Kandungan Dengan Makan Pil, Kini Ingin Beru Bayi Cacat Kepada Orang Lain

Bayi Cacat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.